Sunda Wiwitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sunda Wiwitan adalah sebuah kepercayaan yang dianuti suku Badui di Banten, Indonesia. Ia berdasarkan agama kuno Sunda yang wujud sebelum kedatangan Hindu dan Islam di sana. "Sunda Wiwitan" bermaksud "Sunda Terawal". Suku Badui ini berlainan dengan masyarakat Sunda yang lain kerana tidak terkesan dengan kedatangan Islam. Malah pengaruh agama Hindu dalam masyarakat mereka sangat kecil. Hanya segelintir perkataan Sanskrit dan mitos Hindu wujud di kalangan mereka. Agama Sunda Wiwitan ini bersifat animisme. Mereka percaya dengan semangat yang hadir di dalam batu, pokok, sungai dan benda-benda yang lain dan berpandukan sistem bertabu atau pantang-larang. Semangat yang menduduki benda-benda yang disebut tadi akan melakukan perkara baik atau jahat kepada orang yang mengikuti atau melanggar pantang-larang ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]