Sungai Acheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sungai Acheh (atau Sungai Aceh dan diringkaskan sebagai Sg. Acheh.) merupakan sebuah pekan yang terletak dekat Sungai Udang, selatan Pulau Pinang di Daerah Seberang Perai Selatan, Malaysia. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Nibong Tebal.[1] Sungai Acheh juga mempunyai jelapang padi yang paling luas di Daerah Seberang Perai Selatan.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Sungai Acheh diwakili oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Zulkifli Ibrahim dari Parti Perikatan Nasional (PPBM).[3] Kawasan ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak. Pada PRU 2018, jumlah pengundi berdaftar ialah seramai 20,018 orang dan kebanyakannya pengundi beretnik Melayu (67.52%).[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Story Map Journal". Dicapai pada 2017-04-22.
  2. ^ Admin (Julai 27, 2021). "Zon Jelapang Padi Sungai Acheh, Sungai Chenaam sebagai lokasi agropelancongan". Buletin Mutiara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-27. Dicapai pada 2021-08-27.
  3. ^ "PKR perlu keluar daripada PH: ADUN Sungai Acheh". Sinar Harian. Karangkraf. 20 Jun 2020. Dicapai pada 2021-08-27.
  4. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Pulau Pinang". election.thestar.com.my. The Star Malaysia. Dicapai pada 2018-05-12.
  5. ^ "Electoral Roll for the 14th Malaysian General Election Updated as of 10 April 2018" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 2018-04-16. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.