Sungai Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Sungai Besar
Pejabat pos di Sungai Besar, Selangor
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Sabak Bernam
Mukim Pekan Sungai Besar
Keluasan N/A

Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor.

Sosio-ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat bandar daerah Sabak Bernam. Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam. Manakala, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan sungai besar hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja dengan menaiki kereta.Kawasan ini terletak lebih kurang 120 kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki kereta dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 15 minit.

Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 73% terdiri dari Melayu, Cina (23%) dan India (3.5%)[1].

Majoriti penduduk Sungai Besar terdiri daripada kaum tani pengusaha IKS dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa kelapa sawit serta menangkap ikan dan perusahaan kerepek. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar.

Mercu tanda Selamat Datang ke Sungai Besar

Pada waktu sekarang Sungai Besar semakin pesat membangun dari segi fizikal. Pekan Sungai Besar semakin berkembang menunjukkan kepesatan ekonomi para penduduknya. Sungai Besar merupakan salah satu dari 9 kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan perumahan, industri kecil dan sederhana, institusi-institusi pendidikan dan pertaniana serta akuakultur.[2]

Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai, pasar awam, rumah-rumah, stadium, sekolah-sekolah, stesen bas dan banyak lagi manakala pandang darat dari ciri fizikal ialah laut, pokok-pokok dan kawasan guna tanah.

Disini juga terdapat banyak sekolah pengajian islam,antaranya Maahad Tahfiz Darul Quran.Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Ummudahi dan Sek. Agama Rakyat Tahfiz Al-Quran Simpang 3, Loji Sg. Limau.

Kini Sungai Besar diancam ketidakstabilan ekosistem kerana kebanjiran menara burung walit yang menganggu rantai hidupan asal dikawasan ini.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Data Demografi Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Darul Ehsan 2006. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor
  2. Selangor State Investment Centre: New Growth Centres[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


3°40′N 100°59′E / 3.667°U 100.983°T / 3.667; 100.983