Sungai Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Besi ialah sebuah bandar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lombong timah terdalam di Malaysia terletak di sini. Sungai Besi ialah sebuah bandar perlombongan bersejarah dengan kebanyakkanya industri berat seperti kilang keluli, tapak sisa-sisa keluli dan industri-industri keluli lain. Kawasan bandar ini dibangunkan dari sebuah kawasan perkampungan besar.

Bandar[sunting | sunting sumber]

Bandar ini masih dalam penyediaan yang asli. Struktur-struktur kampung adalah daripada hari-hari terawal bandar tersebut. Kebanyakkan bangunan ialah diperbuat daripada kayu dan lorong-iorongnya sempit. Di sana juga ada sebuah kuil sederhana di dalam kawasan bandar. Kawasan Sungai Besi yang bertenaga terletak di dalam kedai-kedai dan di luar kawasan balai polis. Sungai Besi mempunyai banyak penjaja jalan dan peniaga-peniaga di pasar basah yang kebanyakkanya menjual barang-barang makanan dan buah-buahan.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar ini senang dimasukki dari Lebuhraya Utara-Selatan Arah Selatan. Jalan ke kawasan bandar ialah hanya 400 meter dari persimpangan Lebuhraya Sungai Besi.

Jalan utama ke Sungai Besi ialah Jalan Pasar dimana ialah pusat perdagangan utama. Selalunya ia penuh sesak dengan kenderaan berat dan kereta kebanyakkan pelancung yang berada di bandar ini untuk menikmati makanan laut Sungai Besi yang terkenal. Sungai Besi juga dikenali untuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dahulunya lapangan terbang utama untuk Kuala Lumpur. Lapangan terbang tersebut kini digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia serta perkhidmatan Polis dan Bomba dan Penyelamat.

Bandar ini juga dilayan oleh stesen LRT Sungai Besi di Aliran Sri Petaling dari Sistem Transit Aliran Ringan Kuala Lumpur.