Sungai Gabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Gabai
Lokasi
NegaraMalaysia

Sungai Gabai terletak di daerah Hulu Langat, Selangor.

Air terjun[sunting | sunting sumber]

Air Terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak atau air terjun Sungai Tekala.

Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.

Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan.

Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.

Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.

Kampung Orang Asli Sungai Gabai[sunting | sunting sumber]

Di Sungai Gabai terdapat sebuah perkampungan orang Asli yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Sungai Gabai. Terdapat kira-kira 12 buah rumah Orang Asli suku Temuan di sini. Rumah-rumah mereka daripada kayu menyerupai rumah peneroka FELDA. Rumah-rumah ini dibina dengan bantuan kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Beberapa rumah baru, dibina daripada baru.

Keadaan rumah tidaklah begitu terurus, tapi bekalan elektrik ada. Mereka mendapat bekalan air daripada Sungai Gabai yang diempang secara kecil-kecilan sahaja. Ada paip PVC dari air Sungai Gabai ke rumah mereka. Kebanyakan mereka memelihara anjing bagi menjaga keselamatan mereka ketika memburu di dalam hutan. Ada sebuah bangunan seperti surau di kampung ini.