Sungai Gadut
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Gadut merupakan sebuah kawasan perindustrian yang terletak 9 kilometer dari Seremban. Merupakan kawasan industri yang ke-2 terpenting di kawasan Senawang, Sungai Gadut mempunyai kilang-kilang yang bertaraf antarabangsa dari dalam dan luar negara. Kawasan ini turut mempunyai kawasan perumahan di sekitarnya. Kawasan ini strategik kerana dihubungi dengan
Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan melalui EXIT 220 Persimpangan Senawang,
Laluan Persekutuan 1, dan Jalan Rantau-Sg.Gadut 30px. Sungai Gadut mempunyai stesen komuter yang dinamakan stesen komuer Sungai Gadut. Kawasan ini terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai.
[sunting] Senarai Taman-taman Perumahan di Sungai Gadut
- Taman Pinggiran Senawang
- Taman Seremban Selatan
- Taman Tuanku Ja'afar
- Taman Tuanku Ampuan Najihah
- Taman Seremban Jaya
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |