Sungai Galas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Galas
Lokasi
NegaraMalaysia

Sungai Galas terletak di negeri Kelantan, utara Semenanjung Tanah Melayu, Malaysia. Air Sungai Galas mengalir masuk ke Sungai Kelantan. Pertemuan sungai ini akan menyebabkan banjir terutama ketika curahan hujan pada musim tengkujuh, bulan November hingga Disember setiap tahun.

Bandar Gua Musang lama terletak berhampiran dengan Sungai Galas. Terdapat kelok-kelok di laluan Sungai Galas. Rumah Tengku Razaleigh Hamzah terletak berhampiran dengan likuan Sungai Galas, di Gua Musang ini.