Sungai Gordon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bot jelajah di hilir Sungai Gordon

Sungai Gordon adalah salah satu sungai utama di Tasmania, Australia. Ia bermula di tengah pulau dan mengalir ke arah barat. Anak-anak sungai yang mengali masuk ke dalamnya termasuk Sungai Serpentine dan Sungai Franklin. Muara Sungai Gordon bertemu di Pelabuhan Macquarie di Pantai Barat Tasmania.

Keseluruhan tebing Sungai Gordon River merupakan kawasan liar tidak berpenghuni. Perbezaan di antara takungan Hulu Sungai Gordon dan Hilir Sungai Gordon River adalah gaung-gaung yang dianggap tidak boleh dilalui. Ia dikenali sebagai Pemisah Gordon. Olegas Truchanas merupakan salah seorang yang mampu melalui gaung-gaung ini.

Hulu Sungai Gordon[sunting | sunting sumber]

Pantulan hutan pada Sungai Gordon

Empangan Gordon telah dibina bagi menakung bahagian hulu Sungai Gordon, yang mana membentuk Tasik Gordon dan sebuah tasik baru, Tasik Pedder untuk menjanakuasa hidro-elektrik.

Hilir Sungai Gordon[sunting | sunting sumber]

Air berwarna "teh cair" di Sungai Gordon

Empangan tambahan telah dicadang di bahagian hilir sungai tetapi rancangan ini digugurkan ekoran perubahan pandangan orang ramai. Secara khususnya, Empangan Franklin telah dicadangkan untuk dibina selepas simpang dengan Sungai Franklin, dan akan membanjiri kedua-dua sungai. Ia merupakan isu politik dan alam sekitar penting semasa tahun 1980-an.

Bahagian hilir Sungai Gordon adalah sebahagian daripada kawasan Warisan Dunia dan mengandungi hutan hujan cuaca sejuk dan pokok-pokok yang jarang ditemui. Sepertimana kebanyakan sungai-sungai lain di barat Tasmania, airnya adalah segar dan boleh diminum, tetapi airnya berwarna "teh-cair" di sebabkan menyerap tanin daripada rumput butang yang tumbuh di kawasan takungan.

Rombongan bot ke hilir Sungai Gordon bermula daripada Pelabuhan Macquarie popular dengan pelancong di Strahan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Richard Flanagan (1985) A terrible beauty : history of the Gordon River country Richmond, Vic.Greenhouse. ISBN 0-86436-001-0
  • Garry Kerr and Hary McDermott (2000) The Huon Pine Story (The History of Harvest and Use of a unique Timber), Portland, Victoria, Mainsail Books, ISBN 0-9577917-0-4.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Gee, H and Fenton, J. (Eds) (1978) The South West Book - A Tasmanian Wilderness Melbourne, Australian Conservation Foundation. ISBN 0-85802-054-8
  • Lines, William J. (2006) Patriots : defending Australia's natural heritage St. Lucia, Qld. : University of Queensland Press, 2006. ISBN 0-7022-3554-7
  • Neilson, D. (1975) South West Tasmania - A land of the Wild. Adelaide. Rigby. ISBN 0-85179-874-8