Sungai Kerawai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Kerawai terletak di Teluk Intan , Perak, Malaysia. Sungai Kerawai terkenal dalam sejarah pengangkutan di Malaysia kerana kereta api yang melalui kawasan ini telah dilanggar oleh seekor ibu gajah untuk menyelamatkan sekumpulan gajah lain yan sedang melintasi landasan kereta api pada 1888 . Antara saksi mata yang melihat kerja-kerja membaiki semula landasan kereta api dan membetulkan kereta api yang terbalik ialah Allahyarham Abdul Hamid Abdul Rahman , tok sidang Kampung Air Mati, Kampung Gajah, Perak. Kepala gajah tersebut telah diawet dan dipamerkan di Muzium Taiping, Perak.