Sungai Kraburi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sungai Kraburi merupakan sebuah sungai di Thailand yang menjadi sempadan semulajadi antara Thailand dengan Myanmar. Ia sangat hampir dengan Segenting Kra dan Semenanjung Malaysia. Aliran sungai ini ke arah Laut Andaman dekat bandar Ranong , Thailand dan Kawthaung di Myanmar.

Panjanya 65 km dengan kesan pasang surut yang luas sehingga menyebabkan keadaan banjir . Di sepanjangnya dikekalkan hutan pokok bakau sebagai penampan ombak dan gelombang dar laut. Taman Negara Nam Kraburi terletak di muara sungai ini . Manakala Tanah rizab Ramsar Laemson terletak di selatan.

Di luar pantainya terdapat banyak pulau atau gugusan pulau-pulau.