Sungai Larut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Larut

Sungai Larut terletak di negeri Perak. Sungai ini tidak panjang tetapi jumlah airnya banyak kerana kawasan Taiping, Bukit Gantang dan Larut merupakan kawasan tadahan air hujan yang banyak. Taiping adalah kawasan yang paling basah di Malaysia. Curahan hujan berlaku hampir setiap petang , tidak kira Angin Monsun Timur Laut mahupun Angin Monsun Barat Daya.

Dari segi ekonomi, bijih timah yang diusahakan oleh Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Menteri Larut diangkut ke Pulau Pinang melalui Sungai Larut. Kapten Francis Light telah memajukan Pelabuhan Pulau Pinang. Kawasan Seberang Perai atau Province Wellesley dimajukan oleh British sebagai benteng pertahaman dari serangan kerajaan negeri Kedah. Ia juga dimajukan sebagai kawasan tanaman padi / beras yang penting.

Ladang tebu untuk menghasilkan gula telah diusahakan di Kuala Gula, negeri Perak. Gula yang telah diproses turut diangkut ke Pulau Pinang melalui Sungai Larut.

Perang Larut terjadi antara kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San bagi menguasai kawasan lombong bijih timah. Sultan Abdullah yang tidak mempunyai pasukan pertahanan dan keselamatan yang ampuh, telah menulis surat kepada Sir Andrew Clarke di Singapura supaya datang membantu memulihkaa keamanan. Sultan Abdullah juga berhadapan dengan perebutan takhta kerajaan Perak. Pada 1874 , pihak British berjaya memujuk Sultan Abdullah untuk menandatangani Perjanjian Pangkor . Perjanjian itu terpaksa disetujui dan ditandatangangi kerana Sultan di bawah kawalan ketat semasa di atas kapal Pluto.