Sungai Limau Hidrokarbon Hub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sungai Limau Hidrokarbon Hub merupakan projek penapisan minyak seluas 680 hektar di Yan,Kedah. Kos projek ini ialah RM36 bilion. Projek ini hasil kerjasama antara Merapoh Resources Sdn Bhd, Hong Kong Beijing Star Ltd., Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. dari Korea.

Ketika ini Menteri Besar Kedah ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Jika projek ini berjaya, imej Pakatan Rakyat dan PAS akan meningkat.

Laporan alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Laporan kesan alam sekitar (EIA) yang dikemukakan dikatakan tidak memenuhi Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sahabat Alam Malaysia (SAM) cukup bimbang kerana pengalaman tambakan laut di Kuala Johor, Pengerang, Pulau Ubin di Johor serta Klebang di Melaka telah memusnahkan pantai dan habibat ikan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]