Sungai Manik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mukim Sungai Manik
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Hilir Perak
Mukim Mukim Sungai Manik
Keluasan N/A

Sungai Manik terletak di daerah Hilir Perak, negeri Perak, Malaysia. Di bahagian selatan ialah Teluk Intan. Semua penduduk membeli barang keperluan di Teluk Intan yang jaraknya kira-kira 5 km. Di utara ialah Kampung Gajah. Sementara di sebelah timur ialah pekan Tapah Road dan Tapah.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Sungai Manik mendapat nama dari terjumpanya sejumlah manik-manik di tepi Sungai Manik yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Manik ialah biji-biji halus yang dibuat daripada logam atau tembikar. Pada zaman sekarang manik dibuat daripada pelbagai bahan, terutama sekali plastik . Manik adalah butiran halus seperti guli yang biasanya digantung di leher atau di tangan.

Perang Sungai Manik[sunting | sunting sumber]

Nama Sungai Manik terkenal kerana Perang Sabil atau Perang Sungai Manik yang dilakukan oleh orang Melayu semasa Zaman Darurat 1948-1960.

Ketika itu ramai anggota komunis, kebanyakannya berbangsa Cina, telah bertindak membunuh orang Melayu yang dipercayai menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Ramai sekali orang Cina di sepanjang Sungai Perak . Orang Cina membuka kedai emas, kedai runcit dan kedai membeli getah di tebing-tebing Sungai Perak. Antara kampung yang ramai orang Cina ialah Kampung Cina di mukim Bandar , Kampung Gajah, Perak.

Tentera Jepun bertindak baik dengan orang Melayu. Tentera Jepun mengambil pemuda Melayu menjadi tentera Jepun dan ada diantaranya dihantar ke Sumatera , Indonesia. [perlu rujukan]

Sebaliknya tentera Jepun telah menyiksa orang Cina dan membunuh mereka. Dengan kekalahan Jepun, pihak komunis telah menangkap orang Melayu yang disyakki menjadi talibarut Jepun.

Lantaran itu orang Melayu telah bertindak balas. Puncak Perang Sabil ini ialah di jambatan Sungai Tunku , Teluk Intan , Perak. Di situ sekumpulan pengganas komunis yang menaiki tongkang , dari Langkap dan Chui Chak telah bertempur dengan pendekar-pendekar Melayu. Pendekar-pendekar Melayu cuba mempertahankan diri dan menyerang mereka yang disyaki menjadi tali-barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap , Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak.[perlu rujukan]

Pada ketika itu , orang-orang Banjar telah bertindak menyatukan orang-orang Melayu lalu menyerang anggota komunis di Sungai Manik serta kawasan-kawasan sekitarnya. Serangan ini diketuai oleh seorang wali Allah yang sering dikaitkan dengan kebangkitan secara mendadak orang Melayu menentang pengganas komunis dengan menggunakan pedang atau parang lading. Seluruh pemuda Melayu telah mengambil air penebat, kain merah ilmu (Selendang Merah) yakni dengan ayat-ayat hafazan dari salah seorang Wali Allah yang berketurunan Banjar.[perlu rujukan]

Kampung / kawasan[sunting | sunting sumber]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pada 11 November 2005 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM60 juta bagi membaik pulih sistem pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi Sungai Manik bagi meningkatkan daya pengeluaran tanaman padi oleh kira-kira 6,000 petani di sini.

Daya pengeluaran padi di kawasan itu dijangka dapat ditingkatkan daripada tiga tan metrik semusim kepada tujuh tan metrik semusim. Kawasan penanaman padi Sungai Manik merupakan sebahagian jelapang padi negara, akan terus diberi perhatian sewajarnya selaras dengan matlamat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia untuk meningkatkan penghasilan padi tempatan yang kini 71 peratus.[petikan diperlukan]

Bengkel bas Transnasional[sunting | sunting sumber]

  • Transnasional Express Sdn Bhd,Bengkel Kenderaan, Jalan Sungai Manik Batu 4, 36000 Teluk Intan
  • Transnasional Express Sdn Bhd,Bengkel Transnasional, Jalan Sungai Manik Km 6, 36000 Teluk Intan

Kilang kopi[sunting | sunting sumber]

  • Coffmas Industries (M) Sdn Bhd,Coffmas Industries, Jalan Sungai Manik Km 6, 36000 Teluk Intan
  • Kilang Serbok Kopi Malaysia,No. 10112, Jalan Sungai Manik, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan

Bekalan elektrik[sunting | sunting sumber]

  • TNB Distributions Sdn Bhd,Stesen Pencawang Utama Tnb, Jalan Sungai Manik, Kampung Alur Bakong, 36000 Teluk Intan

Pertanian[sunting | sunting sumber]

  • Pertanian Pertiwi Sdn Bhd,G3, Spg Tiga, Sungai Manik, 36000 Teluk Intan
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong ,No. 12015, Jalan Sungai Manik, Kampung Alur Bakong, 36000 Teluk Intan
  • VADS Bhd ,Komplek Lpn Sungai Manik, Jalan Sungai Lampam, 36750 Langkap

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

  • Sungei Manik Development Sdn Bhd,No. 61, Jalan Bandar, 36000 Teluk Intan
  • Abdul Wahab Hassan ,No. 9, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan
  • Abdullah Hasan,No. 624, Prt 12A, Sungai Manik, 36000 Teluk Intan
  • Asmuni Ahmad,No. 204, Spg Tiga, Sungai Manik, 36000 Teluk Intan
  • Mohd Abdul Nasir Md Yusof,No. 6050, Jalan Sungai Manik Km 7, Kuala Sungai Manik, 36000 Teluk Intan
  • Norhana Halidi,No. 12007, Jalan Sungai Manik Km 5, 36000 Teluk Intan
  • Kamarudin Bin Hadil Kedai Runcit No 21, Parit 12B Sungai Manik, 36000 Teluk Intan