Sungai Panjang, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sungai Panjang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mukim Sungai Panjang
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Sabak Bernam
Mukim Mukim Sungai Panjang
Keluasan N/A

Mukim Sungai Panjang terletak di Sungai Besar, Selangor, Malaysia. Sungai Panjang terletak di timur Sungai Besar, di tepi jalan utama antara Kuala Selangor dan Teluk Intan di utara.

Kawasan ini amat rata dan tidak kelihatan bukit-bukau apalagi gunung-ganang. Ini kerana Sungai Panjang berhampiran dengan tepi laut.Selat Melaka terletak 15 km di barat Sungai Panjang. Tanah paya telah ditebusguna agar air masam yang bertakung dapat dikeringkan. Tali air dan kunci air telah dibina.

Ekonomi utama kawasan ini ialah sektor pertanian, terutama padi sawah. Kawasan ini mengeluarkan padi yang bermutu tinggi hasil penggunaan teknologi tinggi seperti mesin bajak dan mesin tuai.

Jalan raya utama telah dilebarkan menjadi 4 lorong tanpa tol oleh kerajaan negeri Selangor, di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Mohammad Khir toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo dilahirkan di Sungai Panjang, belajar bidang pergigian di UKM dan membuka Klinik Gigi Khir di bandar Kajang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]