Sungai Petani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Sungai Petani
بندر سوڠاي ڤتني
Pemandangan Bandar Sungai Petani
Logo rasmi bagi Bandar Sungai Petani
Logo
Nama samaran: SP
Koordinat: 5°39′N 100°30′E / 5.650°U 100.500°T / 5.650; 100.500
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Penubuhan
Kerajaan
 - Yang DiPertua Haji Azimi bin Daim
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 456,605
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak ditetapkan (UTC)
Laman web: http://www.mpspk.gov.my/

Sungai Petani (Jawi:سوڠاي ڤتني; singkatan: Sg. Petani atau SP) merupakan sebuah bandar yang terbesar di negeri Kedah Darul Aman (Mengambil alih kedudukan Alor Setar [selaku Ibu Negeri Kedah] tersebut pada 2010) [1]. Ia terletak di bahagian selatan negeri tersebut di utara Semenanjung Malaysia. Jarak bandar ini dengan Alor Setar adalah kira-kira 70 km dan ia berdekatan dengan Butterworth di Pulau Pinang. Sungai Petani juga merupakan bandar pembangunan pesat serta perindustrian utama terbesar bagi negeri tersebut.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Tarikh Hari Keputeraan Sultan 28 November 1927
Negara Malaysia, Asia
Negeri Kedah
Iklim Tahunan 2,390

(94.09)

Jumlah hujan tahunan 2000mm ~ 2500mm
Sungai terpanjang Sungai Muda

Politik[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P12 Jerai Jamil Khir Baharom Barisan Nasional
P14 Merbok Ismail Daut Barisan Nasional
P15 Sungai Petani Johari Abdul Pakatan Rakyat

Dewan Undangan Negeri

Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N22 Gurun Leong Yong Kong Barisan Nasional
N25 Bukit Selambau Krishnamoorthy a/l Rajannaidu Pakatan Rakyat
N26 Tanjung Dawai Tajul Urus Mat Zain Barisan Nasional
N27 Pantai Merdeka Ali Yahaya Barisan Nasional
N28 Bakar Arang Ooi Tze Min Pakatan Rakyat
N29 Sidam Robert Ling Kui Ee Pakatan Rakyat

Perbandaran dan Perumahan[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Bandar Sungai Petani ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)

Perkembangan Bandar[sunting | sunting sumber]

Daerah di Kedah

Bandar Sungai Petani akan dinaik taraf sebagai bandaraya menjelang tahun 2015[perlu rujukan] menjadi Kedah antara negeri yang mempunyai dua bandaraya di Malaysia selain Selangor dan Sarawak. Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah akan ditukar kepada Majlis Bandaraya Sungai Petani.[perlu rujukan]

Sektor perumahan berkembang pesat di Sungai Petani. Semenjak tahun 1990-an, bandar Sungai Petani menerima pelaburan besar oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Ria, Taman Ria Jaya, Taman Peruda, Taman Mutiara Indah, Taman Berlian merupakan perumahan terancang yang terawal di Sungai Petani.

Menjelang tahun 1999 sehingga 2007, beberapa bandar baru dimajukan antaranya ialah Bandar Aman Jaya, Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Bandar Sri Astana, Bandar Sri Cendana, Legenda Heights, Bandar Laguna Merbok, Bandar Puteri Hill Park dan Cinta Sayang Resort Homes. Sebuah kondominium mewah telah dibina pada tahun 2008 oleh EUPE Corporation di dalam kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang. Kondominium itu diberi nama Sky Residences.

Kini Bandar Sungai Petani adalah kawasan perumahan terbesar di Kedah[perlu rujukan] mengalahi[nyatakan menurut siapa?] Bandaraya Alor Setar selaku ibu negeri. Bandar ini juga adalah kawasan perindustrian terbesar disebabkan faktor bandar ini dekat dengan Bandaraya Pulau Pinang iaitu bandaraya ketiga utama[perlu rujukan] di Malaysia.

Populasi penduduk[sunting | sunting sumber]

Penduduk Sungai Petani adalah terdiri daripada majoriti Melayu Cina dan India. Sungai Petani menjadi sebuah bandar dengan keluasan bandar ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 1990 dimana bandar ini terletak berhampiran dengan bandar lain seperti Kulim dan Pulau Pinang. Dengan itu ramai penduduk tinggal di sini dan bekerja di sana. Sungai Petani adalah salah satu bandar terbesar di Kedah kerana bandar ini mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan bandar perindustrian terbesar di utara iaitu Seberang Perai yang tidak dapat memenuhi penduduk di sana. Selain itu, penjualan rumah yang lebih murah berbanding Bandaraya Alor Setar kerana ini adalah sebuah bandaraya yang tanah dan lain-lainnya mahal berbanding di Sungai Petani dan faktor sawah padi yang menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur[nyatakan menurut siapa?] di Alor Setar. Bandar ini telah menyaingi[perlu rujukan] populasi Bandaraya Alor Setar sebagai bandar berpopulasi tertinggi di Kedah. Statistik populasi adalah seperti berikut [2]. [3]:

Populasi = 405,789 (2009)

Bandar / Daerah Populasi 1980 Populasi 1990 Populasi 2000 Populasi 2010
Sungai Petani / Kuala Muda 192,308 254,372 339,898 456,605
Bandar Sungai Petani
Coat of arms of Kedah.jpg
Geografi
Status Bandar
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Daerah Kuala Muda
Bandar Sungai Petani
Keluasan 923km²

Bandar-bandar Baharu[sunting | sunting sumber]

Banyak bandar baru dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun.

  • Bandar Aman Jaya
  • Bandar Mutiara
  • Bandar Puteri Jaya
  • Bandar Sri Astana
  • Bandar Sri Cendana
  • Bandar Laguna Merbok
  • Bandar Puteri Hill Park
  • Legenda Heights

Jaringan pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar Sungai Petani sangat mudah dihubungi dengan jaringan jalan raya,jalan kereta api dan laluan udara.

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Dari ibu negara, Kuala Lumpur, perjalanan ke utara menuju Sungai Petani melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS-E1). Jalan Persekutuan turut menghubungkan Sungai Petani dengan beberapa bandar utama seperti Alor Setar, Butterworth dan Ipoh. Bagaimanapun, perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan lebih cepat dan selesa.

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Sekiranya menaiki kereta api, anda boleh turun di stesen keretapi Sungai Petani yang terletak di pusat bandar. Jajaran laluan kereta api bermula dari Padang Besar, Perlis melalui bandar seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Bukit Mertajam, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Slim River, Tanjung Malim, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur. Terdapat perjalanan terus dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Hatyai melalui Sungai Petani.

Lapangan terbang[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang terdekat dengan Sungai Petani ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang iaitu lebih kurang 45 km dari pusat bandar. Selain itu, terdapat satu lapangan terbang bagi laluan domestik di Alor Setar iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani[sunting | sunting sumber]

Dibawah adalah senarai bangunan tertinggi di Sungai Petani.

Siap[sunting | sunting sumber]

Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • Sky residences: 18 tingkat
  • HSAH termasuk kolej perubatan HSAH: 15 & 13 tingkat
  • Park Avenue: 12 tingkat

Sederhana Tinggi[sunting | sunting sumber]

  • SP Plaza: 10 tingkat
  • Emerald Puteri hotel: 7 tingkat
  • Kompleks MPSPK: 7 tingkat
  • Wisma Keladi: 6 tingkat

Dalam Perancangan[sunting | sunting sumber]

Tertinggi[sunting | sunting sumber]

  • 3-star hotel: 18
  • Sky Residences: 18
  • 4-star hotel: 11.5

Sederhana[sunting | sunting sumber]

  • DR Rozmey World Hotel: 6

Belum diketahui[sunting | sunting sumber]

  • Kedah Convention Centre
  • Kondominium di Bandar Puteri Jaya:
  • Hospital di Bandar Laguna Merbok

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sultanah Kedah DYMM Sultanah Haminah Hamidun


Banyak sekolah rendah dan menengah di bandar Sungai Petani. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut bertapak di bandar ini. Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka kampus cawangannya di Merbok, Sungai Petani. Universiti swasta AIMST turut beroperasi di pekan Bedong, dekat Sungai Petani.

Rekreasi dan pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pantai Merdeka

Pusat peranginan ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke pantai ini mesti melalui Jalan Persekutuan Laluan Butterworth. Pelancong perlu melalui pekan Tikam Batu dan seterusnya pekan Kota Kuala Muda sebelum tiba di Pantai Merdeka. Pantai ini juga mudah dilawati dengan menaiki bas dari Stesen Bas Sungai Petani. Sila naik bas City Liner bernombor 26 untuk perjalanan yang mudah dan selesa. Terdapat kemudahan perhentian bas, chalet, tandas awam, medan selera dan gerai-gerai jualan. Pantai Merdeka menawarkan kemudahan percutian untuk seisi keluarga. Pelancong boleh bermandi-manda dan berkayak di pantai ini. Terdapat perkhidmatan bot untuk pelancong pergi ke Tanjung Dawai.

The Carnivall

The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tanda jalan untuk ke taman tema ini.

Sila layari laman web : www.thecarnivall.com

Sungai Merbok

Sungai Merbok ialah sungai yang mengalir ke Selat Melaka dan mempunyai hutan paya bakau. Terdapat kemudahan pelancongan di sini. Pelancong boleh melawat Galeri Hutan Paya Bakau dan bersiar-siar di pesisir sungai. Ada juga disediakan kemudan bot pelancong untuk mereka yang ingin menyusuri sungai ini. Anda juga boleh berehat dan menjamu selera di restoran makanan laut.

Tanjung Dawai

Sebuah pekan kecil di barat Sungai Petani. Pekan ini merupakan sebuah perkampungan nelayan. Hasil laut diproses di sini untuk dijadikan makanan. Pelancong boleh mendapatkan ikan kering, ikan bilis, ikan masin, pekasam dan pelbagai lagi hasil makanan laut dengan harga yang berpatutan. Perkhidmatan bas Mara Liner disediakan ke pekan ini dari bandar Sungai Petani.

Tanjung Dawai menempatkan Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.

Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik.

Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.


Lembah Bujang

Merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal negeri Kedah Darul Aman. Lembah Bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan dan pemerintahan Hindu-Buddha di negeri rantau Nusantara. Kawasan ini juga menerima pengaruh Islam. Terdapat sebuah Muzium Arkeologi di sini.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakat yang berdagang di Lembah Bujang

Sebuah air terjun mengalir di tepi muzium. Jika menaiki bas, terdapat bas Mara Liner dan City Liner berhenti di pekan Merbok. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki teksi ke Lembah Bujang.

Menara Jam Besar

Di pusat bandar terdapat sebuah bangunan bersejarah iaitu Jam Besar yang dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Taman Jubli Perak

Taman ini dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kemudahan medan selera, trek joging, taman permainan, alatan sukan dan tandas awam disediakan di taman ini. Penduduk Sungai Petani menggunakan taman ini untuk aktiviti riadah pada sebelah pagi, petang atau hujung minggu.

Rekreasi Tupah

Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.

Makam Sultan Muzaffar Shah

Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

Ekonomi dan kewangan[sunting | sunting sumber]

Hospital Sultan Abdul Halim

Kemudahan perbankan[sunting | sunting sumber]

  • Maybank
  • HSBC
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • Bank Simpanan Nasional
  • Tabung Haji
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Persatuan

Pusat beli-belah dan pasaraya[sunting | sunting sumber]

  • Central Square (The Store)
  • SP Plaza (The Store)
  • Tesco Sungai Petani Selatan
  • Tesco Sungai Petani, Legenda Heights.
  • Giant Hypermarket Sungai Petani, Jalan Lencongan Barat.
  • Village Mall, Legenda Heights.
  • Econsave Hypermarket, Bandar Puteri Jaya.
  • Econsave, Taman Patani Jaya.
  • Parkson, Petani Parade
  • Giant Supermarket, Petani Parade.
  • SP Centrepoint (Billion)
  • G-Mart
  • Amanjaya Mall (C-Mart Premium)
  • River Front City (in construction - expected to be completed by the end of 2013)
  • AEON Jusco Perdana Heights (proposed)
  • Mydin Mall & Hypermarket (proposed)

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Pos Sungai Petani, Jalan Pengkalan.
  • Pasar Awam Sungai Petani, Jalan Pasar.
  • Stesen Bas Sungai Petani, Jalan Petri.
  • Stesen Bas Ekspres Sungai Petani, Kompleks UKIR, Jalan Kuala Ketil.
  • Kompleks Stesyen Keretapi, Jalan Pasar
  • Telekom Malaysia, Jalan Petani.
  • Tenaga Nasional Berhad, Jalan Petri.
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Jalan Lencongan Timur.
  • Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Bandar Aman jaya.
  • Kastam Diraja Malaysia cawangan Sungai Petani, Bandar Aman Jaya.
  • Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Kuala Muda, Jalan Petani.
  • Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Lencongan Timur.
  • Klinik Kesihatan Bandar Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, Jalan Badlishah.
  • Penjara Sungai Petani, Jalan Badlishah.
  • Masjid Sultan Muzaffar Syah, Jalan Kolam Air.
Peta negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia
Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1]
  2. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  3. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]