Liga Super Malaysia 2005–06

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Super League Malaysia 2005-06)
Liga Super Malaysia
Musim2005–06
JuaraNegeri Sembilan FA
DisingkirkanSelangor FA
Piala AFC 2007Negeri Sembilan FA (peringkat kumpulan)
Pahang FA (peringkat kumpulan)
Jumlah perlawanan84
Jumlah gol223 (2.65 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyak17 goals
Keita Mandjou (Perak FA)
2005

Liga Super Malaysia 2005-06 ialah edisi ketiga selepas penubuhannya. Sepak mula liga bermula pada 3 Disember 2005. Negeri Sembilan FA menjadi juara buat kali pertama dengan baki satu perlawanan. Mereka mengumpul 40 mata daripada 21 perlawanan dan memenangi liga walaupun mereka menjadi pasukan yang menjaringkan gol yang sedikit berbanding pasukan lain kecuali Pahang FA.

Pesaing terdekat mereka ialah TM Melaka FC dengan 33 mata.

Pemain Perak FA, Keita Mandjou menjadi penjaring terbanyak liga dengan 17 gol. Perlawanan antara Selangor FA dan Perlis FA menjadi perlawanan yang menjaringkan banyak gol iaitu 7 gol dengan keputusan memihak Perlis FA, 6-1.

Kedudukan Liga[sunting | sunting sumber]

P = Perlawanan; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; J = Jaringan; B = Bolos; D = Defisit; Mata = Mata

Kedudukan
Kelab
P
M
S
K
J
B
Mata
Komen
1
Negeri Sembilan FA
21
12
4
5
26
14
40
Juara Liga
2
TM Melaka FC
21
9
6
6
29
37
33
3
Perak FA
21
9
3
9
32
29
30
4
Perlis FA
21
8
6
7
26
25
30
5
MPPJ FC
21
9
2
10
28
27
29
6
Pulau Pinang FA
21
8
4
9
30
31
28
7
Pahang FA
21
7
6
8
21
24
27
Memasuki Pusingan Play-off Relegasi
8
Selangor FA
21
5
3
13
31
46
18

Nota: Berikutan pengembangan liga, Pahang FA dan Selangor FA memasuki pusingan play-off relegasi.

Play-off Relegasi[sunting | sunting sumber]

Berikutan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mengembangkan liga kepada 14 pasukan, play-off untuk relegasi telah diadakan pada 18 Jun 2006. 6 tempat untuk ke Liga Super Malaysia 2006-07 menjadi rebutan pasukan.

Pahang FA dan Selangor FA layak ke pusingan play-off relegasi ini setelah menamatkan liga di dua tempat terakhir. Pasukan teratas Liga Perdana juga layak untuk play-off ini (kecuali Kedah FA dan Melaka FA setelah mereka menjadi juara dan naib juara Liga Perdana Malaysia 2005-06).

Sarawak FA, Terengganu FA, Selangor FA dan DPMM FC dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2006-07 pada pusingan pertama play-off.

Johor FC dan Pahang FA dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2006-07 pada pusingan kedua play-off.

Juara[sunting | sunting sumber]

Juara
Negeri Sembilan
Kejuaraan kelima puluh