Surah Asy-Syams

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Surat Asy-Syams (سورة الشمس) adalah surat ke-91 dalam Al Quran, terdiri atas 15 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Qadr. Dinamai Asy Syams (matahari) diambil dari perkataan Asy Syams yang terdapat pada ayat permulaan surat ini.

Isi Kandungan[sunting | sunting sumber]

  • Kaum Tsamud telah dihancurkan Allah kerana kederhakaannya.
  • Tuhan memberi bayangan bahawa hal ini adalah mudah bagi-Nya,
  • sebagaimana mudahnya menciptakan benda-benda alam, siang dan malam, dan menciptakan jiwa yang tersebut dalam sumpah-Nya;
  • Allah memberitahukan kepada manusia jalan ketakwaan dan jalan kekafiran;
  • manusia mempunyai kebebasan memilih antara kedua jalan itu.

Surat Asy Syams berisi dorongan kepada manusia untuk membersihkan jiwanya agar mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat dan menyatakan bahawa Allah akan menimpakan azab kepada orang-orang yang mengotori jiwanya seperti halnya kaum Tsamud.

Hubungan dengan surat Al Lail[sunting | sunting sumber]

Surat Asy Syams menerangkan bahawa orang yang mensucikan jiwanya akan memperoleh keberuntungan dan orang yang mengotori jiwanya akan diazab Allah, sedang surat Al Lail menerangkan perbuatan yang mensucikan jiwa itu sehingga menghasilkan keuntungan dan perbuatan yang mengotorkan jiwa sehingga menghasilkan kerugian.

Terjemahan Ayat[sunting | sunting sumber]

  1. وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, (QS. 91:1)
  2. وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا dan bulan apabila mengiringinya, (QS. 91:2)
  3. وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا dan siang apabila menampakkannya, (QS. 91:3)
  4. وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا dan malam apabila menutupinya, (QS. 91:4)
  5. وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا dan langit serta pembinaannya, (QS. 91:5)
  6. وَالأرْضِ وَمَا طَحَاهَا dan bumi serta penghamparannya, (QS. 91:6)
  7. وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya) (QS. 91:7)
  8. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8)
  9. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)
  10. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)
  11. كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena melampaui batas, (QS. 91:11)
  12. إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka, (QS. 91:12)
  13. فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka: (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya. (QS. 91:13)
  14. فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Rabb mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah) (QS. 91:14)
  15. وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu. (QS. 91:15)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Balad
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Lail
Surah 91