Surayud Chulanont

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeneral (B) (Dato')

Surayud Chulanont
สุรยุทธ์ จุลานนท์

SPMK (Kelantan)
Perdana Menteri Thailand ke-34
Dalam jawatan
1 Oktober 2006 – 29 Januari 2008
Didahului olehSonthi Boonyaratglin
Digantikan olehSamak Sundaravej
Butiran peribadi
Lahir (1943-08-28) 28 Ogos 1943 (umur 80)
Wilayah Phetchaburi, Thailand
KerakyatanThai
PasanganChitravadee Chulanont

Bekas Jeneral Surayud Chulanont (Bahasa Thai: สุรยุทธ์ จุลานนท์, RTGS: Surayut Chulanon, jolokan: "Big Add") adalah bekas Perdana Menteri Thailand dan ketua kerajaan sementara Thailand.

Beliau ialah bekas pegawai tinggi tentera Thailand .Beliau merupakan Ketua Angkatan Tentera Diraja Thailand dan kini sebagai Ketua Majlis Privi kepada Raja Bhumibol Adulyadej.

Jeneral Surayud Chulanont merupakan tokoh pilihan junta tentera untuk ditabal sebagai Perdana Menteri Thailand. Beliau menggantikan Thaksin Shinawatra yang telah dijatuhkan dalam rampasan kuasa di Thailand 2006 pada 19 September 2006.

Laksamana Sathiraphan Keyanont yang merupakan Panglima Tentera Laut Thailand dan ahli CDR mengesahkan calon terbaik semestinya bukan kalangan tentera semasa. Amerika tidak tidak senang dengan rampasan kuasa oleh junta tentera dan mengenepikan demokrasi. Calon terbaik ialah kalangan awam , bukan dari kalangan tentera. Namun Surayud masih merupakan calon tentera yang telah bersara, telah menjadi orang awam.

Surayud adalah anak kepada Leftenan Kolonel Payom Chulanont dengan panggilan popular "Uncle Kamtan". Payom Chulanont merupakan pemimpin utama Parti Komunis Thailand.

Surayud berkhidmat lebih 40 tahun dalam tentera dengan reputasi yang sangat baik dan tidak korup. Beliau bersara pada 2003 dan bertindak sebagai penasihat kepada Raja Bhumibol Adulyadej. 1980-an bertindak terhadap terhadap komunis di sempadan Kampuchea. Beliau disenangi oleh Amerika kerana mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tentera Amerika Syarikat.

Taksub kepada agama Buddha dan selepas besar terlibat secara langsung kepada aktiviti sami Buddha dan tidak menonjolkan diri dalam aktiviti politik Thailand.Surayud menjadi sami Buddha selama tiga bulan sebelum dilantik ke Majlis Privi, badan penasihat tertinggi kepada Raja Bhumibol Adulyadej yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Jeneral Prem Tinsulanonda.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Surayud mendapat pendidikan di Sekolah Saint Gabriel dan Sekolah Suankularb Wittayalai di Bangkok. Seterusnya mendapat ijazah dari Akademi Pegawai Turus Tentera Thailand.

Bapanya telah menyertai komunis selepas tamat sebagai pegawai tentera. Tujuannya antara lain untuk memenangi anasir komunis dan aktiviti keganasan di sempadan Thailand-Kemboja.

Surayud menyertai Akademi Tentera Diraja Chulachomklao (CRMA). Ramai kenalannya telah dilantik sebagai pegawai tentera Thailand.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Pelbagai divisyen disertainya ketika di dalam tentera. Antaranya ialah unit artileri, unit payung terjun .Beliau mengetuai operasi menentang aktviti subversif oleh Parti Komunis Thailand yang ironis bapa beliau adalah pemimpin PKT.[1]

Dari 1972-1978 menjadi jurulatih di Sekolah Latihan Perang .Beliau amat rapat dengan Jeneral Prem Tinsulanonda apabila Prem dilantik sebagai Ketua angkatan Tentera Thailand dan kemudian sebagai Perdana Menteri Thailand.

Pada 1992 Surayud diantik sebagai Ketua Panglima Medan Perang .

Ketika rampasan kuasa tentera Thailand 1991 dan tunjuk perasaan anti kerajaan , Surayud dilihat mengheret penunjuk perasaan di lobi berdarah Hotel Royal.Pada 1994 beliau dilantik sebagai Pemerintah Regimen Tentera Kedua.

Akhir 1998, Surayud dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera Thailand dengan kontroversi kerana ramai lagi pegawai tentera yang lebih senior.Beliau melantik ramai rakan sedarjah di Kelas 12 SRMA untuk jawatan penting.Antaranya ialah Leftenan JeneralSompong Maivichit yang mengendalikan stesen televisyen Channel 5.Beliua juga menggantikan Jenderal Pang Malakul na Ayudhya , Leftenan Jeneral Boonrod Somtap dan Jeneral Charn Boonprasert.

Pada 18 Februari 1999 Surayud telah menamatkan dasar anti pelarian etnik Karen dari Myanmar . Era beliau juga , tentera Thailand terlibat dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Timor Leste.

Surayud bersara selepas lebih kurang 40 tahun berkhidmat dalam angkatan tentera pada 2003, ekoran perbalahan dengan Thaksin yang mengetepikan beliau dengan melantiknya sebagai Panglima tertinggi tentera, jawatan yang kurang berpengaruh.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]