Suria FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suria FM
Suriafm baru.png
Kawasan penyiaran Petaling Jaya,Selangor,Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 26 Disember 2005
Format all time favourite
Pemilik Rimakmur Sdn. Bhd. ,Anak Syarikat Star Publications (M) Berhad.
Tapak web Suria FM Online


Suria FM merupakan stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia di bawah kelolaan Rimakmur Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Star Publications (M) Berhad. Suria FM mula beroperasi pada 26 Disember 2005, tetapi tidak bersiaran ke seluruh negara sehingga 24 November 2007. Pada awalnya, ibu pejabat siaran Suria FM dipancarkan terus dari tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur, tetapi sejak Jun 2011, ibu pejabat siaran Suria FM telah berpindah ke Tropicana City Office Towers, Level 2.01, No. 3, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

dari kiri Kay Chuliano (bertopi), Yusry, Zafrina (duduk), Junn, Bob Ringoo, Faqrul and Azrene (duduk)

Suria FM memfokuskan pendengar berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun. "Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru" digunakan sebagai cogankata stesen ini. Konsep muzik pula lebih kepada "all time favourite". Suria FM juga merupakan satu-satunya lifestyle radio dan yang pertama di Malaysia. Seramai lapan orang penyampai radio diperkenalkan dan masing-masing mengendalikan enam segmen berbeza. Kesemua penyampai radio berkenaan memulakan tugas pukul 6 pagi sehingga 2 pagi. Selepas waktu tersebut, hanya putaran lagu sahaja akan ke udara.

Isi kandungan

Penyampai Suria FM [sunting]

Bekas Penyampai Suria FM (2005 - present) [sunting]

Dikatakan jumlah bekas penyampai Suria FM adalah ramai ketika baru beberapa tahun ke udara.

  • Akhtar
  • Ayzack
  • Azreen
  • Faqrul
  • Hairil
  • Naim
  • Zaff
  • JJ
  • Junn
  • Shiera
  • Kay Chulliano
  • Rezlyn
  • Zhana
  • Tyzo
  • Kenchana Dewi
  • Nabil
  • Sazali

Logo Suria FM dahulu dan kini [sunting]

Segmen [sunting]

Isnin hingga Jumaat [sunting]

  • Ceria Pagi di Suria (dahulu dikenali Breakfast@Suria) (6am - 10am)
  • Menu Ceria Suria (dahulu dikenali 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti) (10.00am - 1.00pm)
  • Santai Pejabat di Suria (1.00pm-4.00pm)
  • Ceria Petang Di Suria (dahulu dikenali Suria Drive) (4.00pm-8.00pm)
  • Citra Muzik Di Suria (dahulu dikenali 50 Minit Muzik Terbaik Tanpa Henti) (8.00pm-10.00pm)
  • Suria Cinta (10.00pm-2.00am)

Dalam segmen Ceria Pagi di Suria dari pukul 6 pagi sehingga 10 pagi, ia dikendalikan oleh penyampai popular Halim Othman & Adibah Noor. Segmen Menu Ceria Suria yang menyusul selepas itu bersama penyampai Reza Mohamed, 10 pagi hingga 1 tengah hari. Ia kemudiannya digamatkan oleh Seri bermula pukul 1 tengah hari hingga 4 petang. Penyampai radio wanita popular, Linda Onn pula mencuri tumpuan dengan segmen Ceria Petang di Suria sehingga pukul 8 malam. Selepas itu, giliran Bob Ringgo pula megambil alih dengan segmen Citra Muzik di Suria. Menutup jadual siaran pada hari tersebut, kembali DJ Linn atau doktor cinta mungkin membuatkan peminatnya ternanti dan mengimbau kembali nostalgia cinta anda dengarkan menerusi segmen Suria Cinta dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Pada hari minggu, segmen-segmen khas seperti carta Suria 30, Ucapan@Suria, Suria 90-an , Suria Baek Banget, Suria Intro dan Suria Rock.

Sabah [sunting]

Frekuensi di Sabah ialah 105.9 FM. Di Sabah, Suria Pagi Kinabalu bersiaran menggunakan pemancar radio di Sabah, berbeza dengan Ceria Pagi di Suria di negeri lain.

Frekuensi [sunting]

Suria FM boleh didengari di Sarawak dan Bahagian Sabah Pendalaman Bawah secara online di www.suriafm.com.my.

Slogan [sunting]

  • Suara Inspirasi Anda (hujung 2005 - pertengahan 2006)
  • Lagi Panas Beb (pertengahan 2006 - lewat 2006)
  • Hidup Pasti Rancak (sejak awal 2007 hingga lewat 2008)
  • Muzik Terbaik Tanpa Henti (2009 hingga Mei 2010)
  • Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru (Jun 2010 hingga sekarang)

Pautan luar [sunting]

Lihat juga [sunting]