Suruhanjaya 9/11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mohor suruhanjaya

Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris: National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States), atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya 9/11 (9/11 Commission), didirikan pada 27 November 2002, dengan tujuan "menyediakan laporan yang selengkap-lengkapnya tentang keadaan sekitar serangan 11 September 2001", termasuk sejauh mana pihak berwajib bersiap sedia dan gerak balas segera terhadap serangan itu.

Suruhanjaya ini juga dimandatkan untuk memberikan usul-usul yang bertujuan mencegah serangan sedemikian pada masa akan datang.

Dipengerusikan oleh bekas Gabenor New Jersey, Thomas Kean, suruhanjaya ini terdiri daripada lima orang ahli Demokrat dan lima orang ahli Republikan. Suruhanjaya ini dibentuk oleh perundangan Kongres, dan rang undang-undangnya diterima oleh Presiden George W. Bush.

Laporan muktamad suruhanjaya ini adalah panjang lebar dan berasaskan temu ramah dan testimoni yang terperinci. Kesimpulan utamanya adalah bahawa kegagalan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membolehkan serangan pengganas itu berlaku, dan seandainya agensi-agensi tersebut bertindak dengan lebih bijaksana dan agresif, serangan itu mungkin dapat dielakkan.

Selepas penerbitan laporan muktamadnya, suruhanjaya ini ditutup pada 21 Ogos 2004.[1] Suruhanjaya ini merupakan usaha penyiasatan terakhir oleh kerajaan persekutuan terhadap peristiwa 9/11, selain laporan NIST mengenai keruntuhan 7 World Trade Center.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Antara kakitangan suruhanjaya termasuk:

Laporan[sunting | sunting sumber]

Muka kulit laporan 9/11 muktamad yang boleh dibeli di kedai buku di seluruh dunia

Suruhanjaya ini mengeluarkan laporan muktamadnya pada 22 Julai 2004. Selepas mengeluarkan laporan ini, Pengerusi Suruhanjaya, Thomas Kean menegaskan bahawa kedua-dua Presiden Bill Clinton dan George W. Bush "tidak diberi khidmat dengan baik" oleh FBI dan CIA.[4] Suruhanjaya ini menemu ramah seramai 1,200 orang di 10 negara serta mengkaji lebih 2.5 juta halaman dokumen, termasuk dokumen keselamatan negara yang teramat sulit. Sebelum dikeluarkan oleh suruhanjaya, laporan awam terakhir dipantau untuk mencari maklumat yang mungkin sulit dan disunting di mana perlu.

Selain itu, suruhanjaya ini turut mengeluarkan beberapa laporan tambahan mengenai pembiayaan, perjalanan dan hal-hal lain berkenaan pengganas.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya ini dibidas atas dakwaan banyaknya konflik kepentingan sesama pesuruhjaya dan kakitangan (cth., Philip D. Zelikow, Pengarah Eksekutif/Pengerusi Suruhanjaya 9/11 mengarang sebuah buku bersama Condoleezza Rice pada tahun 1995[5])[6] Lebih-lebih lagi, laporan suruhanjaya ini turut dibidas oleh para pesuruhjaya itu sendiri dan pihak lain.[7][8]

Para ahli suruhanjaya dilantik oleh George W. Bush dan juga Kongres, maka timbulnya kritikan bahawa suruhanjaya ini tidak benar-benar bebas daripada kerajaan Amerika Syarikat yang sepatutnya mengkaji tindak-tanduknya. Dalam laporannya, suruhanjaya menegaskan bahawa "tujuan[nya] bukan untuk menyalahkan sesiapa individu," tetapi rasional ini dipercayai oleh para pembidas sebagai mengaburi perkara sebenar demi memuaskan politik konsensus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States". 9-11commission.gov. 20 September 2004. Diperolehi pada 2010-02-17. 
  2. "“The White House Has Played Cover-Up”–Former 9/11 Commission Member Max Cleland Blasts Bush". Democracy Now!. 23 Mac 2004. Diperolehi pada 7 Julai 2009. 
  3. Jehl, Douglas (8 Ogos 2005, dibetulkan pada 9 Ogos). "Four in 9/11 Plot Are Called Tied to Qaeda in '00". New York Times (Arthur Ochs Sulzberger Jr.). Diperolehi pada 7 Ogos 2006. 
  4. Shovelan, John (23 Julai 2004). "9/11 Commission finds 'deep institutional failings'". Australian Broadcasting Corporation. Diperolehi pada 2 Februari 2007. 
  5. Zelikow, Philip D.; Condoleezza Rice (1995). "Germany Unified and Europe Transformed: A Study in Statecraft". Harvard University Press. http://www.hup.harvard.edu/catalog/ZELGER.html?show=reviews.
  6. Associated Press, 3 Feb. 2008, "Ties between White House, Sept 11 Chief",http://hosted.ap.org/dynamic/stories/S/SEPT_11_COMMISSION?SITE=CAVEN&SECTION=HOME&TEMPLATE=DEFAULT , diarkibkan pada: http://www.commondreams.org/archive/2008/02/04/6826/
  7. "9/11: Truth, Lies and Conspiracy Interview: Lee Hamilton". CBC News, Canada. 21 Ogos 2006. Diarkibkan daripada asal pada 2008-06-23. Diperolehi pada 2010-10-16. 
  8. Eggen, Dan (2 Ogos 2006). "9/11 Panel Suspected Deception by Pentagon". The Washington Post. Diperolehi pada 31 Mei 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]