Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam ditubuhka oleh kerajaan Malaysia pada 1 Jun 2012 bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya.

Ahli suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan enam anggota dilantik iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Hadenan A Jalil ; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.


Tujuan[sunting | sunting sumber]

Mereka ditugaskan mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan. Semua perakuan/ cadangan akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Sekretariat Suruhanjaya Khas adalah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan awam.

Tujuan penubuhan Suruhanjaya ialah bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ; Sistem saraan ; Rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan . Perdana Menteri Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan perkara itu semasa perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac 2012. Najib turut mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]