Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
SKMM / MCMC
SKMM
SKMM
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1998
Ibu pejabat Cyberjaya
Eksekutif agensi YBhg. Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Agensi pusat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tapak web
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) (Bahasa Inggeris: Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan on-line yang semakin berkait rapat.

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Memastikan industri komunikasi dan multimedia tempatan setanding dengan perkembangan antarabangsa dan memastikan industri berupaya memperkukuhkan dan mengawal selia kendiri agar menjana kemajuan yang memenuhi keperluan ekonomi dan sosial nagara.

Misi[sunting | sunting sumber]

Kami berusaha untuk:

  • Meningkat dan mengukuhkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia;
  • Memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan;
  • Memastikan proses kawal selia yang telus bagi manjana persaingan yang sihat dan adil dalam industri;
  • Memastikan penggunaan optima bagi spektrum dan penomboran; dan
  • Menjalin hubungan dua hala antara pengguna dan penyelia perkhidmatan dan juga menjalin hubungan usaha sama bersama industri

Ahli-ahli Suruhanjaya[sunting | sunting sumber]

Pengerusi[sunting | sunting sumber]

YBhg. Dato' Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi

Ahli Suruhanjaya (Mewakili Kerajaan)[sunting | sunting sumber]

  • YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Bin Siaraf
  • YBhg. Dato' Madinah Mohamad

Ahli Suruhanjaya (Bukan Kerajaan)[sunting | sunting sumber]

  • YBhg. Dato' Thanarajasingam
  • YBhg. Datuk Mohamad Salim Bin Fateh Din
  • YBhg. Datuk Idris Abdullah
  • En. Chew Liong Kim

Pautan luar[sunting | sunting sumber]