Suruhanjaya diraja dan inkues kes Teoh Beng Hock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suruhanjaya diraja dan inkues kes Teoh Beng Hock ditubuhkan oleh Jemaah Kabinet Malaysia berikutan kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam. Shah Alam, Selangor.

Inkues kematian[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan inkues kematian Teoh Beng Hock selama 15 hari bermula 29 Julai hingga 12 Ogos 2009. Inkues itu diketuai oleh seorang majistret , bagi menentukan punca kematian Teoh.

Suruhanjaya diraja[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya diraja tidak mengkaji punca kematian kerana akan wujud pertindihan siasatan. [1]

Peguam Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik peguam, Malik Imtiaz Sarwar mewakili kerajaan negeri Selangor pada inkues berhubung punca kematian Teoh. Malik merupakan peguam hak asasi manusia juga akan mewakili Selangor pada siasatan Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan mengkaji Peraturan Soal Siasat SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]