Susuk (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Susuk
Susuk.jpg
Pengarah Amir Muhammad
Naeim Ghalili
Penerbit Ahmad Puad Onah
Rosihan Zain
Naiem Ghalili
Pengarang Rajesh Nair
Lakonan Ida Nerina
Adlin Aman Ramlie
Diana Rafar
Sofea Jane
Hairie Othman
Noorkhiriah
Muzik Hardesh Singh
Sinematografi Daven R
Pengedar Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Monsoon Pictures Sdn. Bhd.
Mula ditayang Itali 27 Jun 2008
Malaysia 7 Ogos 2008
Tempoh ditayang 110 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Laman web rasmi
Rujukan IMDb

Rujukan Sinema Malaysia

Susuk merupakan filem seram yang dikeluarkan 7 Ogos 2008 di Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Amir Muhammad and pengarah berbangsa Iran-Amerika Naeim Ghalili. Cerita ini berkenaan Soraya yang menggunakan amalan terlarang susuk untuk menjadi terkenal.

Pengambaran Susuk dibuat di Lembah Kelang dan Batu Gajah, Perak, selama tiga bulan dalam tahun 2006. Filem Susuk menelan belanja RM1.8 juta dan dilaporkan sudah meraih RM1.2 juta dalam masa lima hari ia ditayangkan di panggung wayang[1].

Isi kandungan

Sinopsis [sunting]

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan sama ada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain. Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.

Pelakon [sunting]

Tampilan lain [sunting]

Jaclyn Victor, Waheeda, Yasmin Ahmad, David Teo, Sharifah Aleya, Susan Lankaster, Sofi Jikan, Tony Eusoff, Ramona Rahman.

Babak membabitkan Jaclyn Victor, Waheeda, David Teo, dan Sharifah Aleya bagaimanapun telah dipotong dalam proses penyuntingan filem.[2]

Anugerah [sunting]

Pautan luar [sunting]

Nota kaki [sunting]

  1. Needling fear, The Star, 15 Ogos 2008
  2. Deleted Scene 1