Sutomo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dr. Sutomo, lebih dikenali sebagai Bung Tomo (30 Julai 1888 - 30 Mei 1938), adalah pengasas bersama dan ketua Budi Utomo, pertubuhan pergerakan Indonesia yang pertama yang diasaskan pada 20 Mei 1908.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Ngepeh, Nganjuk, Indonesia, Sutomo memperoleh ijazah perubatannya dari STOVIA, Jakarta pada tahun 1903. Bersama kawan-kawan dari STOVIA, Sutomo mengasaskan pertubuhan Budi Utomo pada tahun 1908. Setelah lulus pada tahun 1911, beliau bekerja sebagai doktor di berbagai-bagai daerah di Jawa dan Sumatera, termasuk Semarang, Tuban, Lubuk Pakam, dan Malang. Pada tahun 1917, Sutomo menikah dengan seorang jururawat Belanda. Antara tahun 1919 hingga 1923, beliau melanjutkan pendidikan perubatannya di Belanda.

Sutomo mengasaskan tiga buah pertubuhan lagi, iaitu:

Sutomo juga pernah menjadi wartawan dan memimpin beberapa syarikat penerbitan akhbar di Indonesia. Beliau meninggal dunia di Surabaya dan dimakamkan juga di sana.