Suzuki FXR150

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suzuki FXR150
Suzuki FXR150.jpg
Pengeluar Suzuki
Pengeluaran 1998 - 2002
Pendahulu Suzuki RG150/RGV150
Kelas Motosikal sport
Enjin 147 cm³ DOHC
Transmisi

6 kelajuan, pacuan rantai

penghidup elektrik
Jarak roda 1,325 mm
Ketinggian tempat duduk 760 mm
Berat 118.0 kg (260.1 paun)
Muatan bahan api 15 L (3.96 gelen)
Berkaitan Suzuki Belang R150

Suzuki FXR150 "Cybermatic Sports Cruiser" adalah sebuah motosikal sport kecil yang menggunakan enjin 4 lejang 147 cc silinder tunggal DOHC 4 injap. DIkeluarkan di Malaysia oleh Lion Suzuki Motor Sdn Bhd dengan menggunakan 75% komponen buatan tempatan, ia dijual dengan harga sekitar RM9000. Sepanjang tempoh pengeluaran, ia merupakan satu-satunya motosikal sport kecil 4 lejang di Malaysia pada masa tersebut dan hanya bersaing dengan model-model sport 2 lejang seperti Honda NSR150R dan Yamaha TZM150. Enjin yang sama turut digunakan pada motosikal kapcai Suzuki Belang R150 beberapa tahun kemudian.

Spesifikasi teknikal[sunting | sunting sumber]

  • Kuasa kuda: 20 bhp (14.9 kW)@ 12,500 rpm
  • Kilasan: 18 N-m (1.27 kgf-m) @ 10,000 rpm
  • Jenis enjin: 4 lejang DOHC 4 injap silinder tunggal sejukan minyak
  • Lubang x lejang: 62.0 x 48.8 mm
  • Sesaran: 147.3 cc
  • Nisbah mampatan: 10.7:1
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Brek: Cakera (depan dan belakang)
  • Sistem gantungan (hadapan): Teleskopik
  • Sistem gantungan (belakang): Monoshock
  • Sistem penghidup: Elektrik dan tendang
  • Sistem penyalaan: CDI
  • Kapasiti tangki bahan api: 15 liter
  • Berat kering: 118 kg

Sepintas lalu[sunting | sunting sumber]

Suzuki FXR150 01.jpg

Suzuki FXR150 menggantikan model 2 lejang Suzuki RG150/RGV150 yang lebih besar sedikit dari segi saiznya. Ia menampilkan papan pemuka digital sepenuhnya yang memaparkan tolok bahan api, takometer, meter laju, odometer dan kedudukan gear. Kelajuan maksimum dianggarkan sekitar 140 - 160 km/j, bergantung kepada berat penunggang serta faktor-faktor lain seperti tiupan angin. Kerangkanya adalah jenis keluli potongan kekotak yang menyerupai kerangka model-model motosikal sport yang lain, manakala lengan auyn yang digunakan berbentuk seperti pisang. Enjinnya turut dilengkapi transmisi manual 6 kelajuan dengan nisbah gear yang agak rapat, di samping sistem penghidup elektrik dan tendang. Selain itu, Suzuki FXR150 menggunakan sistem sejukan gabungan udara dan minyak melalui penggunaan radiator minyak pelincir kecil bagi membantu menyejukkan enjin dengan lebih baik tanpa menggunakan sistem sejukan air yang memerlukan penyelenggaraan yang kerap, di samping sirip-sirip sejukan udara sedia ada pada enjin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Tunas motosikal Rencana berkaitan motosikal, skuter dan moped ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.