Suzuki GSX1300R Hayabusa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suzuki GSX1300R Hayabusa
2007SuzukiGSX1300R-001.jpg
Pengeluar Suzuki
Juga dikenali Suzuki Hayabusa
Suzuki GSX1300R
Pengeluaran 1999 - sekarang
Kelas Hyper sport
Berkaitan Suzuki B-King

Suzuki GSX1300R Hayabusa adalah sebuah motosikal hyper sport yang mula dikeluarkan oleh Suzuki pada tahun 1999. Ia digerakkan oleh enjin 4 sebaris 1340 cc dan telah menjadi motosikal pengeluaran terpantas di dunia sebelum penalaan semula pada tahun 2001 bagi mengurangkan kelajuannya.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1999[sunting | sunting sumber]

Papan pemuka GSX1300R

Nama Hayabusa diambil daripada perkataan Bahasa Jepun bagi sejenis burung helang yang mampu mencapai kelajuan melebihi 322 km/j -- serta menjadi pemangsa kepada burung hitam. Oleh itu nama model ini secara tidak langsung ada kaitannya dengan model saingannya iaitu model-model Honda Hawk. Semasa mula diperkenalkan pada tahun 1999, ia mengalahkan rekod lama Honda CBR1100XX Super Blackbird sebagai motosikal pengeluaran terpantas di dunia. Generasi pertama Hayabusa dipanggil GSX1300R dan digerakkan oleh enjin 4 sebaris 1299 cc sejukan cecair. Konfigurasi enjin ini tidak berubah sehinggalah model tahun 2007.

Dalam keadaan talaan kilang, motosikal ini mampu memperoleh pencapaian berikut:-

  • 400 m: 10.02 saat @ 231 km/j[2]
  • 100 - 130 km/j: 3.13 saat[2]
  • 130 - 160 km/j: 3.31 saat[2]
  • Kelajuan maksimum: 305 km/j[2]
  • Kuasa kuda: 156.1 hp @ 9,500 rpm (roda belakang)[2]

2008[sunting | sunting sumber]

2008 Hayabusa

Persaingan di dalam segmen motosikal hyper sport semakin sengit dengan pengenalan model motosikal seperti BMW K1200S, Kawasaki Ninja ZX-12R, dan Kawasaki Ninja ZX-14. Persaingan yang semakin sengit ini memaksa Suzuki untuk mengemaskini model GSX1300R bagi keluaran tahun 2008.[3] Suzuki telah menggugurkan nama GSX1300R di sesetengah negara dan hanya sekadar memanggil motosikal tersebut sebagai Hayabusa. Saiz enjin telah dipertingkatkan kepada 1340 cc dengan peningkatan nisbah mampatan kepada 12.5:1. Enjin yang diperbaharui ini didakwa mengalami peningkatan kuasa sebanyak 12% kepada 194 hp (145 kW).[4][5]

Bahan api kini disalurkan melalui sepasang badan pendikit 44 mm baru Suzuki Dual Throttle Valve (Injap Pendikit Berkembar Suzuki; SDTV). Pemilih Mod Pemanduan Suzuki (S-DMS), satu teknologi yang diperkenalkan dalam barisan motosikal GSX-R, menyediakan tiga pilihan penghantaran kuasa daripada untuk tujuan perjalanan jauh kepada penggunaan berprestasi tinggi. Beberapa ciri baru yang ditampilkan termasuklah sistem ekzos 4-2-1-2 yang mematuhi peraturan emisi Euro 3 dan Tier 2 emission regulations, klac penggelincir serta badan yang direka semula.

Dalam keadaan talaan kilang, motosikal ini mampu memperoleh pencapaian berikut:-

  • 400 m: 9.85 saat @ 241 km/j[2]
  • 0 - 100 km/j: 2.77 saat[2]
  • 0 - 290 km/j: 18.9 saat[2]

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

1999-2007 2008
Enjin 1299 cc, 4 lejang, 4 silinder, sejukan cecair, DOHC, 16 injap, TSCC 1340 cc, 4 lejang, 4 silinder, sejukan cecair, DOHC, 16 injap, TSCC
Lubang x Lejang 81.0 x 63.0 mm 81.0 x 65.0 mm
Nisbah mampatan 11.0:1 12.5:1
Kuasa kuda 151.1 hp (113 kW)[5] 171 hp (128 kW)[5]
Kilasan 127 N·m @ 6750 rpm[5] 139 N·m[5]
Sistem bahan api Suntikan bahan api Keihin/Denso Suntikan bahan api
Sistem pelinciran Takungan basah
Sistem penyalaan Digital/Bertransistor
Transmisi 6 kelajuan, jaringan malar
Pacuan akhir Rantai #530
Panjang keseluruhan 2140 mm 2195 mm
Lebar keseluruhan 740 mm
Tinggi keseluruhan 1155 mm 1170 mm
Tinggi pelana 805 mm
Kelegaan bumi 120 mm
Jarak roda 1485 mm
Berat kering 217 kg
218 kg (model CA)
220 kg
Gantungan hadapan Teleskopik terbalik, spring gegelung, prabeban spring boleh laras
Gantungan belakang Jenis pautan, lembapan gas/minyak, prabeban spring boleh laras
Brek hadapan Cakera hidraulik berkembar
Brek belakang Cakera hidraulik tunggal
Tayar hadapan 120/70-ZR-17
Tayar belakang 190/50-ZR-17
Muatan bahan api 21 liter
19.0 liter (model CA.)
21 liter
20.0 liter (model CA.)
Warna 1999: Perak/Perang Tembaga, Hitam/Kelabu, Merah/Hitam.
2000: Biru/Perak, Merah/Perak.
2001: Biru/Perak, Hitam/Perak.
2002: Biru/Perak, Kelabu/Perak, Hitam Tengah Malam (edisi terhad).
2003: Perak/Kelabu, Hitam/Kelabu, Hitam, Hitam Tengah Malam (Edisi Terhad Kanada), Jigga Keemasan (model Ulang Tahun ke-40).
2004: Biru/Perak, Hitam/Ungu, Merah Terhad
2005: Biru/Perak, Hitam/Kelabu, Merah/Hitam (grafik baru)
2006: Biru/Perak, Hitam/Kelabu, Merah/Hitam.
2007: Hitam, Merah, Biru, Putih/Perak (Edisi Terhad UK)
2008: Jingga/Hitam, Kelabu/Hitam, Putih/Perak, Biru/Hitam

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

2005 GSX1300R "Hayabusa"

Selepas pengenalan model ini, pengeluar motosikal Jepun utama menyedari bahawa "perang" kuasa dan kelajuan di kalangan model motosikal sport utama tidak akan berakhir dan seterusnya membawa kepada peraturan kerajaan yang semakin ketat. Untuk model tahun 2001 sehingga sekarang, pelengah pemasaan sistem penyalaan ditambah pada ECU yang berfungsi pada gear 6, di samping pengehad kelajuan enjin (10,200 rpm berbanding 11,000 rpm). Ini mengehadkan kelajuan maksimum daripada 319 km/j pada model tahun 1999/2000 kepada kelajuan maksimum baru 299 km/j.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Performance figures from Cycleworld June 2000, Performance Bikes June 2000, Sportbike Magazine June 2000, Motorcyclist Magazine June 2000, Bikenet Online, Bike Magazine - UK, May 2000
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 "GSX1300R Performance Numbers" (HTML) (dalam bahasa English). Sport Rider. October 2005. Diperoleh pada 2007-02-23. 
  3. Edge, Dirck (2007-06-27). "Suzuki Introduces 1340cc Hayabusa, B-King, and Fuel-Injected RM-Z450 Motocrosser" (HTML). Motorcycle Daily (dalam bahasa English). Diperoleh pada 2007-12-17. "Hayabusa model tahun 2008 serba baru menampilkan enjin 1340 cc yang didakwa mengalami peningkatan prestasi sebanyak 11% menjadi tajuk utama pengumuman lewat Jun ini..." 
  4. Hilderbrand, JC (2007-06-29). "2008 Suzuki Hayabusa and B-King" (HTML) (dalam bahasa English). MotorcycleUSA.com. Diperoleh pada 2007-07-29. 
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 "Suzuki GSX1300R Hayabusa (2007-current)". Motorcycle News. Diperoleh pada 2008-01-04. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]