Suzzanna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suzanna Martha Frederika van Osch (lahir di Bogor, Jawa Barat, 14 Oktober 1925 – meninggal di Magelang, Jawa Tengah, 15 Oktober 2008 pada umur 83 tahun) merupakan seorang seniwati Indonesia berketurunan Indonesia - Eropah (Eurasia). Beliau amat dikenali umum sebagai 'ratu seram layar Indonesia' yang sering memegang watak sebagai hantu Sundel Bolong.

Fail:Suzzanna memegang watak sebagai Murni dalam Ratu Ilmu Hitam.jpg
Suzzanna sebagai Murni dalam Ratu Ilmu Hitam

Biografi[sunting | sunting sumber]

Suzzanna yang merupakan kacukan Jawa-Manado-Jerman-Belanda memulakan kerjaya lakonan sebagai bintang kanak-kanak yang kemudiannya menjadi salah seorang pelakon paling berjaya dalam filem seram. Beliau telah dianugerahkan The Best Child Actress Award pada Asian Film Festival 1960 dan ditakhtakan sebagai seniwati paling terkenal ketika Asia-Pacific Film Festival tahun 1972.

Kononnya, jolokan 'Ratu Seram Indonesia' yang sinonim dengan beliau bukan sahaja disandarkan pada watak yang sering dipegangnya dalam filem-filem seram, tapi lebih menjurus kepada gaya hidupnya sendiri yang diselubungi misteri. Seringkali Suzzanna akan dilihat memakan bunga-bunga jasmin ketika beraksi bertujuan bagi mengekalkan kecantikan hatta di usia tua.

Dia telah berkahwin sebanyak dua kali. Pertama beliau telah menikah dengan Dicky Suprapto, juga seorang pelakon. Selepas mereka bercerai, Suzzanna menikah pula dengan pelakon bernama Clift Sangra. Kiki Maria, anak perempuan dari perkahwinan pertama, adalah seorang pelakon. Pada tahun 1990, Suzzanna mula bersara dari arena perfileman dan cuma kembali berlakon lapan belas tahun kemudian dalam filem Hantu Ambulance. Namun, kemunculan beliau didalam filem tersebut merupakan yang terakhir buat semua; Suzzanna menghembuskan nafas terakhir pada Oktober 15, 2008 kerana penyakit kencing manis. Dia meninggal ketika berusia 66 tahun.

Persengketaan dengan Kiki Maria[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa tahun menyepi dari arena seni, tiba-tiba muncul pula kisah penembakan Abriyarso Prihanto Boyho yang mengikut dakwaan anak perempuan Suzzanna, telah didalangi oleh suami ibunya iatu Clift Sangra. Adalah difahamkan bahawa kes ini berpunca dari pembahagian harta yang telah diwasiatkan oleh Suzzanna kepada anaknya Kiki Maria. Maka timbul pelbagai andaian dari segenap masyarakat jika Clift akan mengorbankan Suzzanna demi harta tersebut. Clift Sangra dikatakan telah memohon khidmat seorang pembunuh upahan bernilai 50 juta Rupiah bagi menghapuskan Suzzanna. Kedua-dua pihak, Sangra dan Prihanto telah disabitkan dengan tuduhan melakukan penganiayaan terhadap diri masing-masing. Setelah proses siasatan diadakan, Majelis Hakim Pengadilan Negeri Kota Magelang menjatuhkan hukuman empat bulan penjara terhadap Clift Sangra yang telah terbukti bersalah kerana cubaan membunuh menantu tirinya Abriyarso pada November 14 2005, dengan menembak mangsa menggunakan peluru getah yang mencederakan bahagian perut. Sementara Abriyarso pula telah dibebaskan dari sebarang tuduhan kerana terbukti tidak melakukan sebarang penganiayaan terhadap mertua tirinya tersebut.

Senarai Filem[sunting | sunting sumber]

  • Darah dan Doa (1950)
  • Asrama Dara (1958)
  • Bertamasja (1959)
  • Mira (1961)
  • Antara Timur dan Barat (1963)
  • Aku Hanja Bajangan (1963)
  • Segenggam Tanah Perbatasan (1965)
  • Suzie (1966)
  • Penanggalan (1967)
  • Bernafas dalam Lumpur (1970)
  • Tuan Tanah Kedawung (1970)
  • Beranak dalam Kubur (1971)
  • Air Mata Kekasih (1971)
  • Napsu Gila (1973)
  • Bumi Makin Panas (1973)
  • Rantapan dan Rintihan (1974)
  • Pulau Cinta (1978)
  • Permainan Bulan Disember (1980)
  • Sundel Bolong (1981)
  • Lembah Duka (1981)
  • Ratu Ilmu Hitam (1981)
  • Sangkuriang (1982)
  • Nyi Blorong (1982)
  • Nyi Ageng Ratu Pemikat (1983)
  • Perkahwinan Nyi Blorong (1983)
  • Telaga Angker (1984)
  • Dia Sang Penakluk (1984)
  • Usia dalam Gejolak (1984)
  • Ratu Sakti Calon Arang (1985)
  • Bangunnya Nyi Roro Kidul (1985)
  • Malam Jumat Kliwon (1986)
  • Petualangan Cinta Nyi Blorong (1986)
  • Samson dan Delilah (1987)
  • Santet (1988)
  • Ratu Buaya Putih (1988)
  • Malam Satu Suro (1988)
  • Wanita Harimau (1989)
  • Pusaka Penyebar Maut (1990)
  • Titisan Dewi Ular (1990)
  • Perjanjian di Malam Keramat (1991)
  • Ajian Ratu Laut Kidul (1991)
  • Hantu Ambulance (2008)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]