Swastika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Swastika dalam kegunaan agama Hindu.
Swastika digunakan sebagai lambang Parti Nazi.

Swastika (daripada Bahasa Sanskrit svástika) adalah sebuah salib sama sisi dengan lengan bengkok di sudut kanan, sama ada dalam bentuk menghadap kanan (卐) atau terbalik menghadap kiri (卍). Bukti arkeologi mendapati swastika berasal dari zaman Neolitik dan pertama kali ditemui di Tamadun Lembah Indus di sub-benua India. Simbol ini juga terdapat pada hari ini yang digunakan dalam budaya moden India, kadang-kadang sebagai motif geometri dan kadang-kadang sebagai simbol keagamaan. Ia masih digunakan secara meluas dalam agama-agama Timur/Dharmik seperti Hindu, Buddhisme dan Jainisme.

Meskipun seketika dulu biasa digunakan di seluruh dunia, simbol ini dicemari sehingga sampai ke tahap menjadi larangan di dunia Barat kerana penggunaannya sebagai ikon oleh Nazi di Jerman. Terutamanya di Jerman, simbol ini dilarang jika digunakan sebagai simbol Nazisme (penggunaan tanda oleh kumpulan-kumpulan keagamaan yang dibenarkan). Banyak ekstremis politik moden dan kumpulan neo-nazi seperti Afrikaner Weerstandsbeweging, Parti Nasionalis Sosial Syria dan Kesatuan Bangsa Rusia menggunakan simbol bergaya swastika atau simbol yang serupa dengannya. Hari ini, lambang ini juga digunakan oleh kumpulan Skinhead yang berfahaman perkauman.Tetapi khususnya skinhead yang berada di negara-negara eropah.Dan sebilangan mereka memahami kehendak swastika itu sendiri.