Syair Siti Zubaidah Perang Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syair Siti Zubaidah Perang Cina
Syair Siti Zubaidah cover.jpg
Pengarang Tidak dikenali
Negara British Malaya
Bahasa Bahasa Melayu
Genre Syair
Tarikh terbitan Pada atau sebelum 1840
Manuskrip di Perpustakaan Negara Malaysia, dari web PNM http://www.pnm.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss25.htm

Syair Siti Zubaidah Perang Cina atau juga dikenali sebagai Syair Siti Zubaidah merupakan syair romantik yang menggambarkan cinta, keberanian, dan ketaatan Siti Zubaidah bagi membebaskan suaminya, Sultan Zainal Abidin, yang ditawan oleh puteri-puteri Cina.

Teks ini ditulis dengan indah dan dikenali ramai. Pengarangnya tidak dikenali, satu ciri yang biasa dikalangan pengarang kesasteraan Melayu silam.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Siti Zubaidah tinggal di Pulau Peringgi bersama bapanya, Pendeta Ulama. Pendeta Ulama dahulunya seorang raja tetapi menyedari kuasa dunia tidak bererti, menyerahkan takhta anaknya bagi beramal. Pendeta Ulama memberikan anak perempuannya pendidikan keugamaan yang baik.

Sultan Zainal Abidin, Sultan Kembayat Negara, kemudiannya berkahwin dengan Siti Zubaidah. Kembayat Negara merupakan sebuah negara yang besar dengan pelbagai dagang dari segala pelusuk rantau berkunjung kesitu.

Pada suatu hari, Kembayat Negara diserang oleh China, sebagai balasan penghinaan kepada salah seorang pedagang mereka. Serangan ini lebih kejam dengan penawanan Sultan Kembayat Negara oleh puteri China sebgai tahanan dan dibawa ke China.

Menyedari keadaan ini, Siti Zubaidah menyiapkan dirinya bagi menyelamatkan suaminya. Siti Zubaidah tinggal dilindungi oleh bapanya. Semasa kecil dia belajar Al-Quran dan pekara lain sebagaimana gadis lain. Tetapi apabila dicabar dengan kehilangan suaminya, dia memasuki dunia lelaki dan bersetia untuk berperang. Dalam perjalanannya, dia melahirkan anaknya seorang diri di dalam hutan dan meninggalkan anaknya yang kemudiannya diselamatkan dan dipelihara oleh Muhamad Tahir.

Dia menyamar sebagai askar dan menyertai perang melawan China. Dia berhadapan dengan banyak cubaan dalan usaha membebaskan suaminya. Keberanian dan cintanya yang mendalam bagi suaminya memberikannya kekuatan bagi memenangi peperangan. Dia akhirnya mendedahkan diri sebenar kepada Sultan Zainal Abidin dan kembali ke Kembayat Negara untuk bersatu dengan anak mereka.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Kembayat Negara dikatakan ialah negara kemboja pada zaman sekarang. Ini kerana jika dilihat pada sejarah, negara China pernah menyerang negara Kemboja.