Syamim Farid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syamim Farid
Syamim di Dewi Remaja Glam Night 2015.
Kelahiran
Syamim binti Mohd Farid

(1991-01-29) 29 Januari 1991 (umur 33)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA
PekerjaanPelakon, Model, Pengacara
Tahun aktif2014–kini
PasanganYDM Tengku Ezrique Ezzudean (k. 2016)

To' Puan Syamim binti Mohd Farid (lahir 29 Januari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar Naib Juara Dewi Remaja 2014/15.[1][2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

To' Puan Syamim dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA.[3]

Pada 19 Mac 2016, beliau telah berkahwin dengan Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja Tengku Ezrique Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang juga merupakan kerabat diraja Selangor.[4][5] Bapa mentuanya iaitu Yang Dimuliakan Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj bin Tengku Abdul Hamid Shah merupakan Tengku Seri Paduka Shah Bandar.[6]

Gelaran kebesaran[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Ogos 2023, suaminya Tengku Ezrique Ezzudean dikurniakan gelaran kebesaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja[7] oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana Diraja Selangor, sekaligus melayakkan beliau menyandang gelaran Yang Berbahagia To' Puan Syamim binti Mohd Farid.[8][9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

To' Puan Syamim mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran Dewi Remaja, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Fify Azmi, Mimi Lana, Natrah Khalid dan Mawar Rashid.[10]

Selepas Dewi Remaja tamat, beliau ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, kemudian diikuti oleh drama online Mata Cinta sebagai Ejay di HyppTV (kini Unifi TV).

Beliau juga memegang watak sebagai Shanie dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, yang memerlukan beliau untuk menyanyi.[11] Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Lelaki Macam Dia Wawa Astro Ria
2017 Mata Cinta Ejay Astro Gempak Web drama
2018 Cinta Tiada Ganti Shanie Astro Prima Adaptasi drama Filipina
Kan Ku Kejar Cinta Kamu Kalsom Astro Ria Adaptasi dari Novel
2019 Surat Cinta Buat Tuhan Nina Astro Oasis
2020 Dua Takdir Cinta Laila Astro Prima Adaptasi telenovela Colombia
Seindah Tujuh Warna Pelangi Erni TV3
2021 Hati Yang Dikhianati Athira (Tyra) Astro Prima Adaptasi telenovela Veneuzela
2022 Tumpang Lalu Bang Azura TV9
Sekali Lagi Cinta Kembali Elina & Heliza TV3
2023 Bukan Hanya Sekadar Cinta Lisa
2024 Jendela Hati Haryati Viu
Wanita Syurga Yasmeen TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2014-15 Dewi Remaja Astro Ria Dirinya sendiri/Peserta
2016 HLive!
2017 Go Shop Go Shop
2018 Gaya VIP My Freeview
2019 Tumit Tinggi TV1

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Naib Juara

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
To' Puan Syamim Farid
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan To' Puan
  • 29 Januari 1991 - 19 Mac 2016: Cik Syamim binti Mohd Farid
  • 19 Mac 2016 - 29 Ogos 2023: Puan Syamim binti Mohd Farid
  • 29 Ogos 2023 - kini: Yang Berbahagia To' Puan Syamim binti Mohd Farid

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor Eryani Yusop (11 Oktober 2017). Status bukan penghalang Diarkibkan 2018-07-23 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (27 Jun 2017). Pengacara berilmu fokus Syamim Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  3. ^ Mustazah GP. (9 September 2018). [1]. Iluminasi.
  4. ^ Aqmar Mustaza (18 Oktober 2017) Che Puan Syamim keluar dari zon selesa Sinar Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2017.
  5. ^ Lynn Mazlina. (16 Mei 2021). [2]. SinarPlus.
  6. ^ Laman web rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan. [3]
  7. ^ @selangorroyaloffical (29 Ogos 2023). "Tengku Ezrique Ezzudean kini bergelar Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja". Dicapai pada 30 Ogos 2023 – melalui Instagram.
  8. ^ Suzi (11 September 2023). Suami dikurnia gelaran YDM Tengku Orang Kaya Menteri Diraja, pelakon Syamim Farid kini bergelar To’ Puan. Nona. Dicapai pada 13 September 2023.
  9. ^ @syamimfarid (29 Ogos 2023). "Tahniah diucapkan kepada Tengku Ezrique Ezzuddean atas kurniaan gelaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja dan YBhg. To' Puan Syamim Mohd Farid". Dicapai pada 30 Ogos 2023 – melalui Instagram.
  10. ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Mei 2015). Detik penentuan Diarkibkan 2018-06-19 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  11. ^ Zulaikha Yusof (8 September 2018). Syamim Farid Sahut Cabaran Jadi 'Penyanyi' Astro Gempak. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  12. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]