Syamsuar Hasyim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syamsuar Hasyim
Juga dikenali sebagai
Sam D'Lloyd
Kelahiran(1948-05-10)10 Mei 1948
Aceh, Indonesia
Meninggal dunia9 Jun 2012(2012-06-09) (umur 64)[1]
Jakarta, Indonesia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1969–2012
Pengkarya berkait
Kumpulan D'lloyd

Syamsuar Hasyim (10 Mei 1948–9 Jun 2012)[2][3] atau lebih terkenal sebgai Sam D'Lloyd ialah penyanyi lelaki Indonesia yang turut popular di Malaysia. Beliau adalah penyanyi utama dan pengasas Kumpulan D'lloyd yang popular pada era 70-an. Antara lagu kegilaan ramai dan sering disiarkan di radio ialah lagu "Keagungan Tuhan", "Oh Di Mana", "Cinta Hampa", "Semalam Di Malaysia" dan "Mengapa Harus Jumpa".

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sam dilahirkan pada 10 Mei 1948 sebagai Syamsuar Hasyim, di Aceh kepada ibu bapa berketurunan Minangkabau. Tidak banyak yang diketahui mengenai zaman kanak-kanak Sam, kerana kehidupan peribadi beliau jarang mendapat liputan dan publisiti media, mahupun diketahui oleh umum.

D’Lloyd[sunting | sunting sumber]

Kumpulan asal D’Lloyd ditubuhkan awal 1970 , dianggotai tujuh ahli termasuk Sam sebagai penyanyi utama, Bartje Van Hauten sebagai ketua dan pengasas kumpulan selaku pemain gitar utama, Andre Kasiman Gultom (flute dan saksofon), Yustuan (gitar irama), Chairul Daud (drum), Budiman Palunggun (keyboard), Sangkan Panggabean (bass) dan Yustian (gitar kedua).

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Jun 2012, Sam meninggal dunia pada 7.15 pagi di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih, Jakarta, Indonesia pada usia 64 tahun.[4][5] Beliau menderita sakit jantung dan barah paru-paru.[6] Bartje Van Houten, Titiek melalui SMS memaklumkan kepada akhbar Tempo.com. Jenazah penyanyi itu dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta.[7]

D’Lloyd terus aktif berpuluh tahun. Peminat di Malaysia menyaksikan konsert D'Lloyd di Johor, Malaysia pada 12 Mei 2012 walaupun keadaan kesihatannya tidak berapa baik. Penyanyi berkenaan dilaporkan terjatuh ketika membuat persembahannya di Johor.[8] Di Indonesia, mereka membuat persembahan di Menteng pada 25 Mei 2012 sebelum kesihatannya kembali teruk dan dibawa ke hospital.[8] D’Lloyd terpaksa membatalkan empat konsert yang sepatutnya berlangsung di Palembang (8 Jun 2012), Jakarta (22 Jun 2012), Kuching (4 Julai 2012) dan Cirebon (10 Julai 2012). Tanpa Sam, anggota asal D’Lloyd kini hanya tinggal Bartje dan Chairul.[9][10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Karya dipetik[sunting | sunting sumber]

  • Wartawan Berita Harian (10 Jun 2012). "Sam D'Lloyd tiada lagi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  • "Penyanyi D'Lloyd, Syamsuar Hasyim meninggal dunia". Kosmo!. 10 Jun 2012. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  • "Vokalis utama D'Lloyd, Syamsuar Hasyim meninggal dunia". Sinar Harian. 9 Jun 2012. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  • "Guess what?: D'lloyd's Syamsuar Hasyim passes away". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 9 June 2012. Dicapai pada 2 January 2013.
  • "Sam D'lloyd meninggal". Utusan Malaysia. 9 Jun 2012. Dicapai pada 2 Januari 2013.
  • "D'Lloyd's lead vocalist Sam, 65 dies after breathing problems". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 10 June 2012. Dicapai pada 2 January 2013.
  • "D'lloyd's lead singer Sam dies". Malaysia Digest (dalam bahasa Inggeris). 9 June 2012. Dicapai pada 2 January 2013.
  • Miftahur Roziqin (9 Juni 2012). "Syamsuar Hasyim meninggal dunia". eGosip (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2 Januari 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  • Riswinanti Permatasari (10 Juni 2012). "Sebelum meninggal, Sam D'lloyd sempat pingsan di atas panggung". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2 Januari 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  • "Syam D'lloyd telah tiada". PosKota (dalam bahasa Indonesia). 10 Juni 2012. Dicapai pada 2 Januari 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  • "Sam D'lloyd meninggal dunia". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). 10 Juni 2012. Dicapai pada 2 Januari 2013. Check date values in: |date= (bantuan)