Syamsul Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syamsul Yusof
Fail:Syamsul.jpg
Syamsul Yusof
Lahir Mohd Syamsul bin Mohd Yusof
21 Mei 1984 (29 tahun)
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,
 Malaysia
Pekerjaan Pengarah, pelakon, penerbit
Tahun aktif 2007–sekarang
Ibu bapa Yusof Haslam
Patimah Ismail
Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Lakon Layar Filem Terbaik
Anugerah Tuan Direktor Terhebat

Syamsul Yusof ialah seorang pengarah dan pelakon Melayu yang sering muncul menerusi filem-filem bercorak aksi di Malaysia. Beliau mencipta rekod sebagai pengarah termuda memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 26 tahun.

Masyarakat umum mengenali syamsul sebagai anak kepada pengarah tersohor yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man iaitu sutradara Dato' Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskannya dengan cemerlang setelah penghasilan beberapa filem yang pecah panggung.

Isi kandungan

Pembabitan Awal [sunting]

Merupakan seorang yang berdarah seni, beliau di Kuala Lumpur. Mewarisi bakat seni daripada bapanya, Dato' Yusof Haslam. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff dan pemain sinetron popular Indonesia iaitu Miller Ali dan Aliff Ali.

Bidang Pengarahan [sunting]

Walaupun beliau lahir dari keluarga yang mempunyai syarikat perfileman gergasi di Malaysia, beliau tetap menerima cabaran yang berat, yang datang daripada ayahnya sendiri. Ayah beliau ingin menguji kemampuan anaknya dengan memberi tugasan mengarah drama arahan bapanya, Gerak Khas, untuk beberapa episod. Selepas berjaya mengharungi cabaran tersebut, hasrat beliau untuk duduk di kerusi pengarah filem akhirnya tercapai. Tetapi, cabaran lain pula tiba. Skrip yang beliau hasilkan bersama sepupunya,Rizal Ashref, ditolak oleh bapanya dan menyuruh menilai semula skrip tersebut. Setelah penyemakan semula, akhirnya projek filem pertamanya diluluskan dengan bajet bernilai RM 1. 35 juta sebagai kos dan tarikh siap selapam 35 hari. Agak membebankan apabila beliau yang baru mula mengarah terpaksa berhadapan situasi yang begitu memberi tekanan kepada beliau. Pada masa pembikinan filem tersebut beliau terpaksa berbalah dengan bapanya soal kos filem yang terpaksa dinaikan sehingga RM 2 juta[1]. Beliau menangis dan timbul rasa serik untuk mengarah filem. Tetapi, anak kepada Six Million Dollar Man ini tidak mengenal penat setelah filem pertamanya,Evolusi KL Drift berjaya di pawagam[2]. Kini, beliau masih giat mengarah beberapa filem yang pecah panggung dan melangkau kejayaan yang diukir oleh bapanya sendiri.

Evolusi KL Drift 2 dan Pengarah Terbaik [sunting]

Menangis ketika diumum Pengarah Terbaikpada FFM 23

Selepas mengarah filem Evolusi KL Drift, beliau meneruskan langkah dengan mengarah filem bercorak aksi kontroversi, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Filem ini mendapat perhatian ramai apabila tajuk filem ini yang kurang sesuai untuk tatapan umum. Tetapi beliau mempunyai alasan tersendiri[3].Beliau masih mengekalkan trademark belai dengan mengarah filem-filem aksi. Filem ini dilihat berjaya. Seterusnya, beliau menyambung siri drift dengan mengarah Evolusi KL Drift 2. Kali ini, penceritaan yang dilakukan kelihatan agak kemas dan begitu baik. Filem ini mendapat kutipan yang membanggakan. Dengan filem tersebut, bermulanya langkah cemerlang apabila menggondol anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23[4]. Kejayaan yang beliau kecapi ini telah melampaui dari apa yang bapa beliau pernah capai.

2011: Kebangkitan dan Kejayaan [sunting]

Beliau ingin mewarnai portfolio seorang pengarah dengan mengarah pelbagai jenis genre filem. Percubaan pertama beliau berhasil. Pada tahun 2011 menunjukan kebangkitan sentuhan filem beliau apabila filem seram pertamanya, Khurafat: Perjanjian Syaitan menjengah pawagam dan mencipta rekod baru apabila mencapai kutipan RM 8 juta. Ini merupakan satu kejutan bagi industri perfilem di Malaysia. Pengkritik memberi pujian kepada percubaan pertama beliau dalam mengarah filem seram[5].

Keganasan filem arahan beliau tidak terhenti di situ. Beliau mengganas semula dengan filem aksi pertarungan, KL Gangster. Filem ini membuka mata semua pihak yang sering memperlekeh akan filem Melayu. Beliau begitu teliti dalam penghasilan filem ini dan dibuat khas untuk tontonan semua[6]. Kejayaan filem ini begitu mengejutkan apabila mendapat kutipan hampir RM 12 juta, dua kali ganda dari apa yang dicapai oleh bapanya melalui Sembilu II. Filem ini berjaya memberi saingan kepada filem-filem luar yang ditayangkan di Malaysia. Beliau turut menyatakan kesusahan untuk mengumpulkan senarai pelakon yang beliau kehendaki untuk filem ini.

Beliau turut meraih kejayaan pada Festival Filem Malaysia ke-24 apabila berjaya menggondol anugerah Pengrah Terbaik untuk dua tahun berturut-turut menerusi filem KL Gangster.

Seterusnya... [sunting]

Beliau masih meneruskan kerja-kerja pengarahan dengan beberapa buah filem seperti Aku Bukan Tomboy, Bohsia 2: Jalan Kembali, KL Gangster 2 dan seterusnya.

Filem [sunting]

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2005 Gila-Gila Pengantin Popular

Skop Production
Ace Motion Pictures

Ijam

Watak pembantu

2008 Evolusi KL Drift
  • Syamsul Yusof

Skop Production
Primeworks Studios

Pengarah
Penulis Skrip
Cerita Asal
Zack

Watak utama

  • Anugerah Khas Juri FFM 21-Keberkasan aksi lasak di layar perak
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
  • Syamsul Yusof

Skop Production
Primeworks Studios

Pengarah
Penulis Skrip
Cerita Asal
Penyunting
Muz

Watak utama

  • Pencalonan - Penyuntingan Terbaik FFM 22
2010 Evolusi KL Drift 2
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Pengarah
Cerita Asal
Lakon Layar
Peyunting
Zack

Watak utama

  • Pengarah Terbaik FFM 23
  • Penyuntingan Terbaik FFM 23
  • Lakon Layar Terbaik Filem ASK 2010
  • Pencalonan - Filem Terbaik ASK 2010
  • Pencalonan - Pengarah Terbaik ASK 2010
2011 Khurafat
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penyunting
Johan

Watak utama

  • (Pencalonan) - Lakon Layar Terbaik FFM24
  • (Pencalonan) - Cerita Asal Terbaik
  • (Pencalonan) - Penyuntingan Terbaik bersama Hisham Jupri
KL Gangster
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penyunting
Shark

Watak utama

  • Pengarah Terbaik FFM 24
  • Penyuntingan Terbaik FFM 24
  • Pencalonan - Filem Terbaik ASK 2011
  • Pencalonan - Pengarah Terbaik ASK 2011
Aku Bukan Tomboy
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Penyunting
Burn

Watak utama

2012 Jalan Kembali: Bohsia 2
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Penyunting
Muz

Watak utama

SAM: Saya Amat Mencintaimu

Skop Productions
e-mas

Penyunting
Jefri

Watak Utama

2013 Gangster Celop

Skop Productions
Excellent Pictures

Adam

Watak Utama

KL Gangster 2
  • Syamsul Yusof

Skop Production

Pengarah
Lakon Layar
Cerita Asal
Penyunting
Shark

Watak utama

Drama [sunting]

Rujukan [sunting]

Pautan Luar [sunting]