Syarikat Borneo Utara British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo SBUB.
Kawasan kepentingan SBUB.
Lembaga pengarah.
W. C. Cowie, pengarah urusan bersama dengan Sultan Sulu.

Syarikat Borneo Utara British atau SBUB merupakan perusahaan yang ditunjuk untuk mengelola Borneo Utara (sekarang Sabah) pada bulan Ogos 1881. Borneo Utara menjadi protektorat British dengan urusan administratif internal oleh perusahaan sehingga tahun 1946 ketika ia menjadi koloni sebagai Borneo Utara British. Moto utama adalah Pergo et Perago (Latin), yang bermaksud "Saya melakukan dan saya mencapai". Ketua pertama dari perusahaan adalah Alfred Dent.

Pada 1882, Syarikat Borneo Utara British mendirikan sebuah pemukiman di Pulau Gaya, setahun setelah SBUB yang diberikan mandat untuk memerintah Sabah. Namun, pada 1897, pemukiman ini telah dibakar oleh gerakan yang dipimpin oleh Mat Salleh, yang merupakan ketua suku kaum Bajau. Selepas kemusnahan, ianya tidak lagi didirikan semula. Perusahaan ini juga dikenal sebagai Syarikat Borneo Utara British.

Pembentukan hukum dan ketertiban serta merekrut Polis Singh dari India Utara adalah salah satu peranan awal yang SBUB mulakan, mereka juga memperluas perdagangan, sistem pemerintahan, melaksanakan sistem pengadilan bagi menegakkan hukum dan membangunkan rel kereta api yang bermula dari Jesselton sehingga ke Tenom dan menggalakkan aktiviti perdagangan dan produksi pertanian, serta pembentukan perkebunan.

Senarai Presiden Syarikat[sunting | sunting sumber]

Ketua Syarikat adalah pengerusi lembaga pengarah, sejak tahun 1910 secara rasmi dinamakan sebagai Presiden:

Pengerusi Syarikat Borneo Utara British
1882 – 1893 Tuan Rutherford Alcock
1893 – 1903 Richard Biddulph Martin
1903 – 1909 Tuan Charles James Jessel
1909 – 14.09.1910 William Clarke Cowie
Presiden Syarikat Borneo Utara British
1910 – 1926 Tuan Joseph West Ridgeway
3.02.1926 – 15.07.1946 Tuan Neill Malcolm