Syarikat Prasarana Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syarikat Prasarana Negara Berhad
Jenis Berhad / Awam
Industri Pengendali pengangkutan awam
Ditubuhkan 1998
Ibu pejabat Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Shahril Mokthar, Pengarah Urusan
Produk Pengendali pengangkutan awam
Pekerja 7,000+
Laman web www.prasarana.com.my

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September, 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut. Ia juga memiliki rangkaian bas yang digunakan untuk perkhidmatan bas di negeri Pulau Pinang.

Aset Prasarana[sunting | sunting sumber]

Rel[sunting | sunting sumber]

Prasarana memiliki aset dua laluan transit aliran ringan (LRT): Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya di Kuala Lumpur. Laluan Ampang , terdiri daripada Laluan Ampang dan Sri Petaling, dahulunya dikenali sebagai Star-LRT (singkatan untuk bekas pengendali Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd) manakala Laluan Kelana Jaya yang dahulunya dikenali sebagai Putra-LRT (singkatan untuk bekas pengendali Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd). Kedua dua laluan dikendali oleh sebuah syarikat milik kerajaan yang khas ditubuhkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (Rapid KL). Kerajaan Malaysia mengambil alih aset tersebut daripada syarikat masing-masing pada 2002 selepas berpendapat mereka sebagai projek penswastaan yang gagal.

Pada 28 November 2007, Prasarana menandatangani perjanjian jual beli dengan KL Monorail Sdn Bhd untuk pembelian aset sistem KL Monorail.[1]

Bas[sunting | sunting sumber]

Prasarana memiliki rangkaian bas yang dioperasi oleh Rapid KL sebagai sebahagian daripada rangkaian bas di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang dan beberapa bandar di negeri Selangor di Malaysia. Armada tersebut sebelum ini dimiliki oleh dua syarikat swasta , Intrakota dan Cityliner, yang diambil alih oleh Prasarana pada 2004.

Prasarana turut memiliki rangkaian 350 bas yang dioperasi oleh Rapid Penang. Syarikat tersebut memulakan operasi pada 31 Julai 2007. Langkah kerajaan Malaysia untuk mengendali perkhidmatan bas di Penang adalah sebahagian daripada usaha untuk merombak rangkaian bas di negeri itu.

Lain lain[sunting | sunting sumber]

Prasarana turut memiliki dan mengendali kereta kabel di Langkawi dan mengendalikan perkhidmatannya bagi Langkawi Development Authority (LADA). Kereta kabel tersebut membawa orang ke atas Gunung Matcincang.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

  • Pengarah Urusan: Shahril Mokhtar
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Bas & Ketua Pegawai Operasi bagi Bas: Dato' Mohamed Hazlan Mohamed Hussain
  • Pengarah Kumpulan Rel: Khairani Mohamed
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Pembangunan Infrastruktur: Nor Hassan Ismail
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Perkhidmatan Infrastruktur: Zohari Sulaiman
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Kewangan: Zooridah Haji Haron
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Pembangunan Projek: Zulkifli Mohamed Yusoff
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Modal Insan: Jaizal Kamar Jalaludin
  • Pengarah Kumpulan Divisyen Perancangan Pengangkutan dan Komersial: V. Ravindran

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]