Raja Syed Hussein Jamalullail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Syed Hussein Jamalullail
Raja Perlis pertama
Pemerintahan20 Mei 1843 - 21 November 1873
pertabalan20 Mei 1843
Didahului olehPenubuhan
Diikuti olehRaja Syed Ahmad Jamalullail
Keputeraan1805
Kedah, Tanah Melayu British
Kemangkatan21 November 1873
Istana Arau, Perlis, Tanah Melayu British
PemakamanMakam Diraja Arau, Arau
PasanganChe Sofiah binti Muhammad Arshad
Tengku Nur Aisyah binti Tengku Long Puteh
AnakandaSyed Ahmad Jamalullail
Syed Alwi Jamalullail
Syed Harun Jamalullail
Nama penuh
Raja Syed Hussein ibni Almarhum
Syed Harun Jamalullail
KerabatWangsa Jamalullail
AyahandaSyed Harun ibni Syed Ahmad Jamalullail
BondaWan Fatimah binti Wan Abdul Rahman
AgamaIslam

Raja Syed Hussein ibni Almarhum Syed Harun Jamalullail (Jawi: راج سيد حسين ابن سيد هارون جمال اليل) atau Raja Syed Hussein Jamalullail ialah Raja pertama yang memerintah negeri Perlis. Baginda bertakhta bermula dari tahun 1843 hingga kemangkatannya pada tahun 1873.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Raja Syed Hussein merupakan anak kepada Syed Harun ibni Syed Ahmad Jamalullail yang merupakan penghulu Arau pertama dan Wan Fatimah binti Wan Abdul Rahman. Baginda dilahirkan pada tahun 1805 dan dibesarkan di istana Kedah oleh bonda tirinya, Tengku Sofiah yang merupakan puteri kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Sultan Kedah.

Baginda telah berkahwin dengan anak kepada seorang pembesar baginda, Che Sofiah dan dikurniakan seorang putera iaitu Syed Ahmad Jamalullail. Baginda juga berkahwin dengan dua pupu baginda, Tengku Nur Aisyah dan dikurniakan seorang putera juga iaitu Syed Alwi Jamalullail.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Penghulu Arau[sunting | sunting sumber]

Ayahanda baginda, Syed Harun telah meninggal dunia dalam Perang Musuh Bisik. Baginda seterusnya menggantikan ayahanda baginda sebagai penghulu Arau yang baharu. Syed Hussein, Tunku Anum dan pembesar lain mula mencari jalan penyelesaian kepada peperangan ini. Mereka menggunakan pendekatan diplomasi dengan Siam untuk menghentikan pertumpahan darah.

Raja Rama III merombak dan menyusun semula pentadbiran Kesultanan Kedah hasil cadangan Chao Phya Yommarat dan Phya Siphiphat. Hasilnya, Kesultanan Kedah telah dibahagikan kepada empat negeri yang baru serta ditadbir oleh gabenor-gabenor berasingan. Syed Hussein telah dilantik sebagai timbalan kepada gabenor Perlis, Raja Long Krok. Selepas Raja Long Krok meninggal dunia, Syed Hussein dilantik sebagai Gabenor Perlis.

Raja Perlis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1843, Raja Syed Hussein Jamalullail telah ditabal secara rasmi sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam. Kepada baginda, Raja Rama III telah mengurniakan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit atau boleh disingkatkan sebagai Phya Polit. Baginda turut memulakan tradisi penghantaran ufti Bunga Emas dan Perak serta persembahan lain kepada Raja Siam.yang dihantar setiap tiga tahun sekali bermula dari tahun 1845.

Baginda telah melantik adinda baginda, Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Dato Arau sebagai Perdana Menteri dan para pembesar lain. Baginda juga memahsyurkan semula nama Indera Kayangan sebagai gelaran kepada Negeri Perlis. Di bawah pemerintahan baginda, Negeri Perlis telah dibahagikan kepada 22 mukim yang ditadbir oleh penghulu lantikan baginda. Pada tahun 1844, baginda telah menghantar anakanda sulung baginda, Syed Ahmad Jamalullail ke Bangkok untuk menghadap raja Siam bagi pelantikannya sebagai Raja Muda.

Pada tahun 1844 juga, Perlis di bawah pemerintahan baginda berjaya mengharungi satu iaitu pertikaian sempadan Perlis dengan Setul. Pada tahun 1859, Kubang Pasu telah diturunkan statusnya kembali menjadi daerah dalam Kesultanan Kedah. Hal ini terjadi selepas kemangkatan Raja Kubang Pasu, Tunku Anum diikuti perpecahan yang berlaku dalam kalangan pewaris takhta dan pembesar negeri. Apabila Kesultanan Kedah menuntut Siam mengembalikan Kubang Pasu kepada Kedah, permintaan ini telah ditunaikan oleh Raja Mongkut. Baginda mengambil iktibar daripada kejadian ini lalu baginda memperkuatkan lagi perpaduan dalam kalangan kerabat diraja dan pembesar Perlis.

Raja Syed Hussein Jamalullail mangkat di Istana Arau pada 21 November 1873, setelah 30 tahun memerintah Perlis. Baginda dikebumikan berdekatan Masjid Lama Arau. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Raja Syed Ahmad Jamalullail.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Pengasas
Raja Perlis
20 Mei 1843 – 21 November 1873
Diikuti oleh:
Raja Syed Ahmad Jamalullail