Syed Ismail Syed Azizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Syed Ismail Syed Azizan adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Beliau berkhidmat dengan PDRM selama 36 tahun dan bersara pada 29 Januari 2014 kerana usianya yang genap 60 tahun.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Syed Ismail mempunyai 3 anak . Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pengajian Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1984-1988).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai inspektor percubaan pada 1978.Sebelum itu bekerja sebagai kakitangan bank pertama kali ditugaskan di Kelantan dalam Cawangan Khas pada 1978 selama tiga setengah tahun dan terlibat dengan perisikan mengesan aktiviti militan komunis yang masih aktif ketika itu.

Pada 1981, beliau dipindahkan ke Pulau Pinang selama tiga tahun dalam cawangan sama namun skop tugasannya kali ini adalah tertumpu kepada mengesan aktiviti ekstremis. Seterusnya bertugas di Kedah dalam cawangan narkotik (1989-1991).Kemudian dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim (1992-1995) dan Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Perak (1995 - 1996).

Kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Unit Polis Antarabangsa (Interpol) Malaysia dan terlibat dalam menggubal silibus latihan asas Interpol bersama Sekretariat Interpol yang berpangkalan di Lyon Perancis. Dari 2002-2004 menjawat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman(2004-2006) sebelum menjadi Ketua Polis Kedah pada 2007.

Tarikh 20 Oktober 2010 menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman iaitu salah satu jabatan dalam PDRM yang ditubuhkan pada 2006. Jawatan itu adalah kemuncak kerjaya beliau. Kepelbagaian jenayah siber di Malaysia didalangi warga asing dan kesedaran masyarakat yang rendah dan mudah tertipu. Setelah lebih tiga dekad, tarikh 29 Januari 2014 beliau bersara dan hidup sebagai orang awam.

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

Pada 1978, Syed Ismail Syed Azizan kehilangan seorang rakan sepelatih di kawasan hutan di Teluk Senangin, Perak.Mereka berkhemah di situ untuk membiasakan diri bersama Pasukan Polis Hutan (kini Pasukan Gerakan Am).Seorang rakannya tertembak rakan yang lain ketika memegang selaras raifal M16. Depan dada mangsa hanya berlubang kecil tetapi di belakang sangat teruk.Mangsa terpaksa dihantar menggunakan bot kerana jalan darat terlalu sukar.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengalaman 36 tahun Syed Ismail". Utusan Malaysia. 18 Februari 2014.