Syed Nasir Syed Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tun Syed Nasir Syed Ismail merupakan ahli politik UMNO di Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Gelaran syed diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar. .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Datuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antaranya ialah Hardrock Cafe.

Pengarah DBP[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka , berlaku peristiwa Keranda 152 . Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.

Speaker Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat. Semasa menjadi speaker , beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir . Biasiswa Tun Syed Nasir diperkenalkan oleh DBP sejak 1992 untuk pelajar yang layak.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]