Syed Shahir Syed Mohamud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Syed Shahir Syed Mohamud.jpg
Syed Shahir Syed Mohamud

Syed Shahir Syed Mohamud adalah Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan & Sekutu . Syed Shahir luas pengalaman dalam aktiviti dan gerakan kesatuan pekerja di Malaysia sejak 38 tahun.Beliau banyak mewakili negara dalam pelbagai forum, persidangan dan seminar di peringkat nasional dan antarabangsa.


Syed Shahir Syed Mohamed, anak kelahiran Kampung Sega, Raub, Pahang.

Kesatuan sekerja[sunting | sunting sumber]

Syed Shahir dari Kongres Persatuan Pekerja Malaysia. Beliau juga bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)[1] . Setelah lima kali bertanding merebut jawatan dalam MTUC,barulah beliau berjaya menjadi Presiden MTUC setelah berjaya menewaskan Zainal Rampak.[2]


Pada 7 Mei 2008, Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud mengetuai 500 ahli MTUC berdemonstrasi di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. Mereka menuntut gaji minimum RM900 dan elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan. Pada Mei 2012, Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan gaji minimum sektor swasta ialah RM900.00.


Beliau terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011. Namanya menyerlah sebagai pemimpin Perhimpunan BERSIH 1.0 pada 2007. Namanya termasuk dalam 91 orang pemimpin pembangkang yang dilarang masuk ke kawasan Kuala Lumpur semasa Perhimpunan Bersih 2011. Tokoh lain yang disekat ialah Datuk Ambiga Sreenevasan ; Mohamad Sabu; Hishamuddin Md Rais; Khairul Anwar Ahmad Zainuddin; Maria Chin Abdullah; Chua Tian Chang; Kamarulzaman Mohamad; Mohd Hatta Md Ramli; Syed Shahir Syed Mohamud; Syed Ibrahim Syed Noh; Teresa Kok; Badrul Hisham Shaharin; Shamsul Iskandar Mohd Akin; Arutchelvam Subramaniam; Wong Chin Huat; Ong Boon Keong; Enalini Elumalai; Haris Fathillah; Sathiasingam bin Mohd Ibrahim; Khalid Yunus; Zulkifli Noordin; Zubir Harun; Abd Hadi Awang.


Tewas pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada 1970-an, ketika berusia dalam lingkungan 20-an Syed Shahir telah bertanding atas tiket Partai Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dalam pilihanraya umum.Beliau merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Dong, dalam kawasan parlimen Raub di Pahang. Seperti dijangka beliau tewas kerana kawasan itu adalah kubu tradisi Perikatan.


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Syed Shahir dari PKR ditewaskan oleh Datuk Ong Tee Keat dari MCA di kawasan parlimen Pandan, Kuala Lumpur. Tee Keat menang dengan majoriti sebanyak 2,961 undi dan memperolehi 25,236 undi. Sementara Syed Shahir mendapat 22,275 undi.

Senator[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2012,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membentangkan usul melantik dua anggota Dewan Negara dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan pada 30 Mei 2012.


Rujukan[sunting | sunting sumber]