Syeikh Zayid bin Sultan Al Nuhayyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syeikh Zayid Al Nuhayyan
1918 - 2 Nov 2004

Syeikh Zayid bin Sultan Al Nuhayyan (Bahasa Arab: الشيخ زايد بن سلطان أل نهيان ) ialah Amir Abu Dhabi dan presiden Emiriah Arab Bersatu.

Pada 6 Ogos 1966, Syeikh Zayid menggantikan abangnya, Syeikh Shakhbut Bin Sultan Al Nuhayyan, sebagai Amir Abu Dhabi setelah abangnya disingkirkan melalui sebuah perebutan kuasa. Syeikh Zayed dilantik menjadi presiden Amiriah Arab Bersatu pada 1971 dan untuk empat kali yang berturut-turut (1976, 1981, 1986 dan 1991). Beliau dianggap sebagai seorang ketua liberal yang membenarkan media massa persendirian.

Sheikh Zayed termasuk golongan orang-orang terkaya di dunia. Majalah Forbes menganggarkan bahawa kemewahannya bernilai lebih kurang USD$ 20 bilion. Kekayaan beliau disebabkan oleh adanya jumlah minyak yang banyak di Abu Dhabi.

Syeikh Zayid pernah menjalani pemindahan ginjal pada tahun 2000.

Beliau meninggal dunia pada 2 November 2004.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.