Syihabudin Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syihabudin Ahmad
Gambar ketika kuliah di Al-Azhar Mesir
Gambar ketika kuliah di Al-Azhar Mesir
LahirMohd Shahabudin bin Md Yatim
(1989-09-18) 18 September 1989 (umur 34)
Kuala Perlis, Perlis
Nama penaSyihabudin Ahmad
PekerjaanPenulis, penyunting, penceramah
Warganegara Malaysia
PendidikanUniversiti Al-Azhar (Sarjana Muda Syariah)
Laman web
https://www.ustazusa.com/

Mohd Shahabudin bin Md Yatim atau dikenali dengan Syihabudin Ahmad ialah seorang penulis dan pendakwah di Malaysia. Karyanya seperti artikel agama, buku agama, dan panduan praktikal ibadah untuk umat Islam menjadi rujukan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Beliau aktif berceramah di Lembah Klang.

Beliau terkenal sebagai seorang pembina kandungan di media sosial terutamanya di YouTube dan aktif membuat video reaksi tentang perkara-perkara tular di alam maya dan media sosial berkaitan hal-hal keagamaan.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 September 1989 di Kuala Perlis, Perlis. Beliau merupakan anak kesepuluh daripada 13 orang adik beradik.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pengajian rendah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelibang, Langkawi; SK Kuala Perlis, Perlis dan SK Seberang Ramai, Perlis. Pada peringkat menengah pula, beliau menuntut di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang; dan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyyah, Perlis. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Al-Azhar, di Dumyat, Mesir dalam bidang fiqah dan perundangan Islam.

Pentauliahan mengajar[sunting | sunting sumber]

  • Tauliah Mengajar D2 & D3 Majlis Agama Islam Selangor
  • Tauliah Mengajar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Tauliah Mengajar Majlis Agama Islam Negeri Perlis

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Karya terjemahan[sunting | sunting sumber]

  • Terjemahan Sahih al-Bukhari (Kitab Hadis Utama Ahli Sunnah)
  • Terjemahan Al-Ibanah Abu Hasan Al-AsyAry (Panduan Akidah Ahli Sunnah)
  • Terjemahan Al-Manar Al-Munif (Pengenalan sifat Hadis Palsu)
  • Terjemahan Akidah Salaf dan Ahli Hadis
  • Terjemahan dan Tahkik Al-Syamail Muhammadiyyah (Sifat Nabi Muhammad)
  • Terjemahan Al-Rahiq Al-Makhtum edisi terakhir (Biografi penuh Nabi Muhammad)
  • Terjemahan Sunan Mahjurah (Sunnah yang ditinggalkan)
  • Terjemahan Al-Kabair (Dosa-dosa Besar)
  • Terjemahan Umdatul Ahkam (Kumpulan Fiqh berdasarkan hadis sahih)
  • Terjemahan Mukhtasar Sirah (Ringkasan Hidup Nabi Muhammad)

Kertas kerja dan pembentangan akademik[sunting | sunting sumber]

  • Wacana Falak & Ibadah Perlis 2018, Perbentangan Kertas Kerja bertajuk: Sifat Solat Gerhana & Ibrah Buat Muslim, Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis
  • Kertas Kerja ke 11: Pandangan Ulama Moden Terhadap Isu Memasang Alunan Ayat Al-Quran di Corong Pembesar Suara Masjid Sebelum Azan
  • Kertas Kerja: Perbomohan & Pendukunan
  • Kertas Kerja: Israk dan Mikraj, Antara Fakta dan Pemalsuan yang disengajakan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]