Syura (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syura
Latar belakang
Nama lahir Zuraidah binti Badron
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop Etnik, Ghazal, Keroncong
Pekerjaan Penyanyi, Komposer, Pelakon, Model Iklan, Penata Rias & Penari
Tahun aktif 2000-an
Label Fantasia Music City

Zuraidah Badron atau lebih dikenali sebagai Syura ialah seorang penyanyi terkenal Malaysia yang begitu sinonim dengan lagu-lagu pop tradisional.

Permulaan karier[sunting | sunting sumber]

Selepas memendam hasrat hampir empat tahun untuk bergelar penyanyi, akhirnya niat Syura termakbul apabila dilamar Fantasia Music City (FMC) untuk bernaung di bawah bumbung mereka. Syura yang berasal dari Kempas, Johor Bahru menjadi penyanyi wanita kedua di bawah payung FMC selepas Siti Nordiana.

Meskipun sudah bergelar penyanyi namun Syura masih memendam rasa terkilan apabila bapanya, Badron Sakimin tidak mampu melihat kelibatnya beraksi di persada dunia hiburan. Ini kerana bapanya sudah pergi buat selama-lamanya pada November 1999 sedangkan dia adalah di antara pendorong utama Syura bergiat dalam persada seni selain ibunya dan keluarga.

Syura mula berminat menyanyi ketika berusia 10 tahun apabila banyak menyertai pertandingan nyanyian. Malah, dia kerap mengondol hadiah utama sehingga pernah penganjur pertandingan enggan menerima penyertaannya berikutan kejayaan yang sering dikecapinya. Ketika berusia hanya 14 tahun, Syura pada mula tidak menyangka diterima menjadi artis di bawah FMC apabila diperkenalkan komposer terkenal yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu, Jari yang melihat persembahannya. Lebih mengejutkan, Syura dipilih tanpa diuji bakat seperti yang dilakukan kebanyakan penyanyi sebelum ini.

Syura yang pernah bergelar juara sebanyak lima kali dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Asli anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Johor ternyata gembira apabila album sulungnya yang berkonsepkan pop komersil, balada dan Irama Malaysia berjudul Aromaitu siap sepenuhnya Jun 2000 dan berada di pasaran sejak 1 September 2000. Menurutnya, walaupun sudah bergelar penyanyi namun ia bukan tiket untuk mengenepikan pelajaran yang dianggap penting sebagai aset pada masa hadapan. Katanya, dunia nyanyian adalah untuk memenuhi minatnya manakala pelajaran tetap menjadi keutamaan, malah jika ada sebarang tawaran pertunjukan ia akan diterima pada hujung minggu sahaja.

Meniti populariti[sunting | sunting sumber]

Sejak itu nama Syura terus meniti populariti hingga pernah digelar sebagai Noraniza Idris Junior. Syura terus digilap bakat hingga menjadi pengembang seni budaya tradisional Melayu.

Pada tahun 2007, Syura meraih anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 menerusi album Syahda Berdendang, malahan album tersebut juga dicalonkan untuk kategori Album Terbaik.

MasterChef Selebriti Malaysia 2[sunting | sunting sumber]

Setelah sekian lama menyepi dari kaca TV, Syura kembali hadir menerusi penglibatan beliau didalam rancangan MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 yang turut menampilkan beberapa selebriti terkenal di Malaysia seperti Rozita Che Wan (Che Ta), Datuk Aznil Nawawi, Norish Karman, Celina Khor dan Michael Ang (Pengarah). Menerusi rancangan ini, Syura berjaya menempatkan diri beliau bersama Celina Khor sebagai finalis seterusnya muncul sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Solo
Tahun Album Penerbitan Genre Lagu-lagu Label
2000 Aroma

Aroma

  • Penerbit : Patrick Kamis, LY & Azmeer
  • Tarikh Terbit: 1 September 2000
Pop, Etnik
  • Kasih Tak Terjamah
  • Lena Seribu Mimpi
  • Tanyalah Hatimu
  • Rindu Bukan Mainan
  • Jiwa Tersiksa Menahan Rindu
  • Zapin Merajuk Hati
  • Benang Kasih
  • Rindu Ini Kesakitan
  • Panahan Asmara
  • Persoalan Yang Ku Tinggalkan
FMC
2001 Firus

Firus

  • Album Duet bersama Siti Nordiana
  • Penerbit: Rosli Selasih/S Atan/Yusri/Belle/Jari & Amin
  • Tarikh Terbit: 7 April 2001
Pop Etnik
  • Bakawali
  • Habibah Maisara
  • Lafaz Asmara
  • Joget Mengambil Hati
  • Joget Seloka
  • Igau Sang Perawan
  • Menagih Rindu
  • Ghazal Bulan Diriba
  • Berdamping
  • Zapin Adat Beradat
2002 Senandung Melayu

Senandung Melayu

  • Album Duet bersama M. Daud Kilau
  • Penerbit: S. Atan
  • Tarikh Terbit: 27 Februari 2002
Pop Etnik
  • Tenung-Tenung Renung-Renung
  • Dendang Pusaka
  • Gurindam Jiwa
  • Joget Burung Merpati
  • Taman Gemala Sari
  • Bunga Hati (Daud)
  • Mak Inang Kampung (Daud)
  • Mengapa Di Rindu (Syura)
  • Patah Hati (Syura)
  • Burung Putih(Daud)
  • Damak (Syura)
  • Perigi Biru (Daud)
2003 Aruda

Aruda

  • Penerbit: Ajai, Alfa Booty, Helen Yap
  • Tarikh Terbit: 8 April 2003
Pop
  • Usah Kau Pergi
  • Nafas Pesona
  • Cintai Diriku
  • Tak Pasti
  • Dalam Benci Ada Rindu
  • Lupakan
  • Badai Percintaan
  • Hanya Dia
  • Penyesalan
  • Kau dan Aku
2004 Balaghah

Balaghah

  • Penerbit: S. Atan, Pak Ngah, Yassin Sulaiman, Eddie Hamid
  • Tarikh Terbit: 21 November 2004
Pop Etnik
  • Ghazal Perindu (duet Jay Jay)
  • Nazam Berkasih
  • Istana Nur Kasih
  • Dibuai Rindu
  • Rembulan Merah
  • Sayang Musalmah
  • Dendam Asmara
  • Sang Rembulan
  • Lai Lai Nurbaya
  • Habib Ya Habib
2006 Syahda Berdendang

Syahda Berdendang

  • Penerbit: S. Atan, Pak Ngah
  • Tarikh Terbit: 21 Mei 2006
Pop Etnik
  • Candak
  • Joget Gadis Melayu
  • Dinding Barinding
  • Mahligai Mawar (duet Siti Nordiana)
  • Kamaruzzaman
  • Nakasari
  • Syurga Perindu
  • Keroncong Ada Bagai Tiada
  • Bukan Aku Tak Cinta
  • Nasib Melukut
2008 Khazanah Pujangga

Khazanah Pujangga

  • Penerbit: S. Atan, Pak Ngah, Yassin Sulaiman, M Nasir
  • Tarikh Terbit: 24 September 2008
Pop Etnik
  • Dejavu
  • Pujangga Merindu
  • Mendung
2014 Simbolik Cinta
  • Penerbit: Edry Abdul Halim, Puteri Cahaya
  • Tarikh Terbit: 20 Jun 2014
Pop Etnik
  • Gantung
  • Ajari Aku Cinta

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2000 "Kasih Tidak Terjamah" 9 Aroma
"Rindu Ini Kesakitan"
2001 "Bakawali"
duet bersama Siti Nordiana
2 Firus
"Habibah Maisara"
duet bersama Siti Nordiana
"Ghazal Bulan Di Riba"
duet bersama Siti Nordiana
"Tersimpul Hatiku" Pilihan Bestari Patrick Khamis
"Keronchong Bila Cinta Didusta"
duet bersama Amy Grand
2002 "Tenung-tenung Renung-renung"
duet bersama M. Daud Kilau
10 Senandung Melayu
"Dendang Pusaka"
duet bersama M. Daud Kilau
10
"Joget Burung Merpati"
duet bersama M. Daud Kilau
2003 "Usah Kau Pergi" 15 Aruda
"Kau dan Aku" 1
"Nafas Pesona"
2004 "Nazam Berkasih" 9 Balaghah
2005 "Ghazal Perindu"
duet bersama Jay Jay
9
"Rembulan Merah"
2006 "Joget Gadis Melayu" 8 Syahda Berdendang
"Candak" 6
2007 "Mahligai Mawar"
duet bersama Siti Nordiana
"Syurga Perindu" 18
"Dejavu" 18 Khazanah Pujangga
2008 "Mendung"
"Pujangga Merindu" 11
2014 "Ajari Aku Cinta" Simbolik Cinta
"Gantung"

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia(AIM)
Tahun Kategori Artis Album Keputusan
2001
  • (AIM ke 9)
Album Pop Etnik Terbaik Syura & Siti Nordiana Firus Dicalonkan
2002
  • (AIM ke 10)
Album Pop Etnik Terbaik Syura & M. Daud Kilau Senandung Melayu Dicalonkan
2004
  • (AIM ke 12)
Album Pop Etnik Terbaik Syura Balaghah Dicalonkan
2006
  • (AIM ke 14)
Album Terbaik Syura Syahda Berdendang Dicalonkan
Album Pop Etnik TerbaikTerbaik Menang
2008
  • (AIM ke 16)
Album Pop Etnik Terbaik Syura Khazanah Pujangga Dicalonkan
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2002 (AJL 17) Tenung Tenung Renung Renung Senandung Melayu S. Atan Siso Etnik Kreatif Dicalonkan
2004 (AJL 19) Nazam Berkasih Balaghah Pak Ngah Nurul Asyikin Etnik Kreatif Dicalonkan
2006 (AJL 21) Candak Syahda Berdendang Lokgha Etnik Kreatif Dicalonkan
  • Pada AJL 21, Syura tidak dapat membuat persembahan atas masalah kesihatan, dan beliau digantikan oleh Siti Nordiana.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2001 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syura telah berkahwin dengan sepupunya Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac 2006.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Niezam Abdullah. "Redup suram dan tawa ria 2006", 31/12/2006. Dicapai pada 18 Oktober 2012.