THES - QS World University Rankings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kedudukan Universiti Dunia THES - QS atau THES - QS World University Rankings ialah penerbitan kedudukan tahunan universiti seluruh dunia yang diterbitkan oleh The Times Higher Education Supplement (THES) dan Quacquarelli Symonds (QS). Ia mula diterbitkan pada tahun 2004.

Markah kedudukan ini dikira berdasarkan:

  • Markah Tinjaun Rakan Sebaya (40%)
  • Tinjauan Pengrekrut (10%)
  • Markah Fakulti Antarabangsa (5%)
  • Markah Pelajar Antarabangsa (5%)
  • Markah Fakulti/Pelajar (20%)
  • Markah Pemetikan/Fakulti (20%).

Isi kandungan

[sunting] Kedudukan 20 teratas

2008 2007 2006 2005 2004 Universiti Negara Markah purata
01 01 01 01 01 Universiti Harvard AS 01
02 02= 04= 07 08 Yale University AS 05
03 02= 02 03 06 Universiti Cambridge UK 03
04 02= 03 04 05 Universiti Oxford UK 04
05 07= 07 08 04 California Institute of Technology AS 06
06 05 09 13 14 Imperial College London UK 09
07 09 25 28 34 University College London UK 21
08 07= 11 17 13 University of Chicago AS 11
09 10 04= 02 03 Massachusetts Institute of Technology AS 06
10 11 12 20 19 Columbia University AS 14
11 14 26 32 28 University of Pennsylvania AS 22
12 06 10 09 09 Princeton University AS 09
13= 13 13 11 52 Duke University AS 20
13= 15 23 27 25 Johns Hopkins University AS 21
15 20= 15 14 23 Cornell University AS 17
16 16 16 23 16 Australian National University Australia 17
17 19 06 05 07 Stanford University AS 11
18 38= 29 36 31 University of Michigan AS 30
19 17 19= 16 12 Universiti Tokyo Jepun 17
20 12 21 24 21 McGill University Kanada 20

[sunting] Kritikan

THES - QS World University Rankings banyak dikritik sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai tidak mencerminkan keadaan keseluruhan dan mempromosi diri sendiri kerana ia menggunakan kategori yang lebih menguntungkan universiti di UK. Apa yang jelas, terdapat beberapa universiti di UK yang sentiasa mendapat kedudukan lima teratas dalam kedudukan THES.[1] Kedudukan THES juga dikritik kerana ia terlampau memberatkan tinjauan rakan sebaya yang menerima 40% daripada keseluruhan markah. Beberapa orang menyatakan rasa bimbang daripada segi ia dilaksanakan. Peter Wills[2], dari University of Auckland, New Zealand, menulis mengenai QS-THES Ranking:

"But we note also that this survey establishes its rankings by appealing to university staff, even offering financial enticements to participate (see Appendix II). Staff are likely to feel it is in their greatest interest to rank their own institution more highly than others. This means the results of the survey and any apparent change in ranking are highly questionable, and that a high ranking has no real intrinsic value in any case. We are vehemently opposed to the evaluation of the University according to the outcome of such PR competitions."

[sunting] Pautan luar

[sunting] Nota kaki

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain