TKS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TK-3 / TKS
TKS P1010141 2.jpg
kereta kebal kecil TKS
Jenis Kereta kebal kecil
Asal Bendera Poland Poland
Sejarah perkhidmatan
Digunakan oleh Bendera Poland Poland
Bendera Estonia Estonia
[[Image:{{{flag alias-Ustasa}}}|22x20px|border|Bendera Croatia]] Croatia
Bendera Jerman Jerman
Sejarah pengeluaran
Pengeluar Fabryka Samochodów PZInż.
Tarikh pengeluaran 1931 - 1939
Jumlah dibina 575
Spesifikasi
Berat 2.43/2.6 tan
Panjang 2.58 m
Lebar 1.78 m
Tinggi 1.32 m
Krew 2 (komander, pemandu)

Perisai 4 – 10 mm
Senjata
utama
7.92 mm km wz.25 mesingan or 1x7.7mm mesingan Hotchkiss
2000 biji
Enjin enjin petrol Fiat
40/46 hp (30/34 kW)
Kuasa/berat 17/18 hp/tan
Sistem
ampaian
bogie
Kapasiti bahan api 70+8 l
Jarak
operasi
200 km (jalan), 100 km (merentas desa)
Kelajuan 46/40 km/h


TK (TK-3) dan TKS merupakan kereta kebal kecil Poland semasa Perang Dunia Kedua.

Reka bentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal kecil TK merupakan reka bentuk Poland yang dihasilkan sejak tahun 1931 yang berasaskan rangka Kereta kebal kecil Carden Loyd British. TKS merupakan model diperbaik dengan badan baru dan enjin yang lebih berkuasa. Perisai kenderaan TK adalah setebal sehingga 8 mm (10 mm bagi TKS). Pada tahun 1939, persenjataan semula kereta kebal kecil dengan meriam 20 mm bermula, tetapi hanya sekitar 24 disiapkan sebelum meletus Perang Dunia Kedua.

Pada 6 November 1934 Estonia membeli 6 kenderaan dari Poland, dengan perjanjian kontrak bernilai lebih 180,000 krones. Perjanjian juga termasuk satu tambahan lori berantai, dan motorsikal diberikan sebagai bonus.[1]

Sejarah tempur[sunting | sunting sumber]

575 kereta kebal kecil TK/TKS membentuk sebahagian besar pasukan berperisai Poland sebelum meletus perperangan. Mereka mengalami kehilangan besar semasa Penjajahan Poland, sering kali menjadi satu-satunya kenderaan tempur berperisai yang ada. Akibat persenjataan ringan mereka yang hanyalan satu mesingan, ia tidak mempunyai peluang dalam pertempuran dengan kereta kebal Jerman, kecuali Panzer I, tetapi saiz kecilnya menjadikan ia sesuai sebagai risikan dan menyokong infantri. Hanya sejumlah kecil kereta kebal kecil bersenjata meriam 20 mm memiliki peluang bertempur dengan kereta kebal musuh; dalam satu kejadian pada 18 September 1939 sebuah TKS bersenjata 20 mm di bawah pimpinan sarjan Roman Orlik memusnahkan tiga kereta kebal Panzerkampfwagen 35(t) Jerman.

Kereta kebal kecil siri-TK yang terselamat[sunting | sunting sumber]

Hanya terdapat satu kereta kebal kecil TKS yang beroperasi sepenuhnya yang masih ada. Ia didermakan ke Poland oleh Muzium Kereta kebal Axvall Sweden dan sejak 2008 ia dipamerkan di Muzium Tentera Poland. Tambahan tiga kereta kebal dipamerkan di Muzium Kereta kebal Kubinka di Russia (versi TKS) dan Muzium Militeri di Belgrade, Serbia (versi TK-3 dan TKF). Yang menariknya, TKS Sweden terselamat tempoh selepas-perang di Norway, di mana ia digunakan oleh petani tempatan sebagai traktor. Satu traktor artileri C2P dijumpai di Belgium dan dibeli oleh Pusat Sejarah Nasional Tentera di Auburn, di mana ia kini sedang dipamerkan.

Tambahan kepada itu, terdapat sekurangnya dua kereta kebal kecil TKS yang beroperasi yang dibina semula oleh kumpulan penghasilan semula sejarah menurut pelan asal.

Kereta kebal kecil TK-3

Galeri[sunting | sunting sumber]

Variasi[sunting | sunting sumber]

  • TK (TK-3) - sejak 1931, sekitar 280 dibina
  • TKF - kereta kebal TK dengan enjin 46 hp (34 kW), sekitar 18 dibina
  • TKS - model 1933 dipertingkat, sekitar 260 dibina
  • TKS dengan meriam 20 mm - sekitar 24 TKS dipasang dengan meriam 20 mm pada tahun 1939.
  • C2P - traktor artileri ringan tidak berperisai, sekitar 200 dibina..

Model ujian:

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Janusz Magnuski, "Karaluchy przeciw panzerom"; Pelta; Warsaw 1995
  • Leszek Komuda, "Przeciwpancerne tankietki" in: "Militaria" Year 1 Nr. 3 and Nr. 4.
  • Adam Jońca, Rajmund Szubański, Jan Tarczyński, "Wrzesień 1939 - Pojazdy Wojska Polskiego - Barwa i broń"; WKL; Warsaw 1990.
  • Jan Tarczyński, K. Barbarski, A. Jońca, "Pojazdy w Wojsku Polskim - Polish Army Vehicles - 1918-1939"; Ajaks; Pruszków 1995.
  • "Czołg rozpoznawczy TK-S", Militaria i Fakty nr. 31 (6/2005)
  • Janusz Magnuski, "Czołg rozpoznawczy TKS (TK)"; TBiU nr. 36; Wydawnictwo MON; Warsaw 1975
  • Zbigniew Lalak, "Czołg rozpoznawczy TK3 / Reconnaissance tank TK3" in Z. Lalak, T. Basarabowicz, R. Sawicki, M. Skotnicki, P. Żurkowski "Pojazdy II wojny swiatowej (tom 2) / Military Vehicles of WW2, part 2", Warsaw 2004, ISBN 8392036107
  • Eesti soomusmasinad : soomusautod ja tankid 1918-1940 / Tiit Noormets, Mati Õun Tallinn : Tammiskilp, 1999 Page 52 ISBN 9985606922

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Eesti soomusmasinad : soomusautod ja tankid 1918-1940 / Tiit Noormets, Mati Õun Tallinn : Tammiskilp, 1999 Page 52 ISBN 9985606922
  • Adam Jońca, Rajmund Szubiński, Jan Tarczyński Wrzesień 1939 Pojazdy Wojska Polskiego wyd. WKiŁ Warszawa 1990 ISBN 83-206-0847-3
  1. Magnuski Janusz "Czołg rozpoznawczy TK (TKS)" seria TBiU-Typy broni i uzbrojenia (tom: 36), MON 1975

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gallery[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIIPolishAFVs Templat:Tanks of Estonia