Lapangan Terbang Sungai Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari TUDM Sungai Besi)
Sungai Besi Airport

Lapangan Terbang Sungai Besi
Rumusan
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian AMSL33.83 m / 110.99 kaki
Peta
Lapangan Terbang Sungai Besi is located in Bumi
Lapangan Terbang Sungai Besi
Lapangan Terbang Sungai Besi (Bumi)

Pangkalan Udara Kuala Lumpur (IATA: -ICAO: WMKF) atau Lapangan Terbang Sungai Besi dikenali juga sebagai 'Airport Lama' adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Lebuh raya Utara Selatan dan Terowong Smart.

Lapangan Terbang Sempang terletak pada kedudukan Latitud N03* 06.6889', Longitud E101* 42.1626' pada ketinggian 33.83 meter dari aras laut..

Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia dan pada 1 Ogos 1956 diisytiharkan bertaraf antarabangsa oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.

Lapangan Terbang ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Landasan Lapangan Terbang Sungai Besi ini lebih kurang 1,900 meter panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, A.O.A.C. pada tahun 30-an.

Kini, lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sebagai lapangan terbang komersil, sebaliknya telah menjadi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia. Mulai 1965, fungsinya sebagai lapangan terbang untuk Kuala Lumpur telah diambil oleh

Pindah ke Sendayan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos 2010, Timbalan Panglima TUDM, Lt. Jen Datuk Shahron Ibrahim menyatakan pangkalan TUDM di Sungai Besi akan dipindahkan .[1] Pada 28 Mei 2011, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan Sendayan paling sesuai menjadi pangkalan TUDM menggantikan Sungai Besi yang akan dibangunkan dengan pembangunan bercampur.[2]

Tan Sri Rodzali Daud menyatakan Bandar Malaysia akan dibangunkan di situ dengan kerjasama Tabung Angkatan Tentera dengan 1Malaysia Development Bhd (IMDB) . Pusat operasi pertahanan udara mungkin akan dipindahkan ke pangkalan angkatan komando udara di Bukit Jugra,Banting. Skuadron helikopter akan ke Subang Jaya.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]