TV2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TV 2
RTM TV2new.png
Tarikh pelancaran 17 November 1969
Pemilik Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Format gambar VHF Gelombang I dan III, UHF
Cogan kata Saluran Dunia Anda
(1969-1989)
Saluran Emas
(1990-2004)
Saluran Famili Anda
(Ogos 2004-Disember 2008)
Dunia Ria
(2009-sekarang)
Negara Malaysia Malaysia
Cakupan siaran Malaysia Malaysia
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Pernah dikenali Rangkaian Kedua
(1969-1987)
Ketersediaan
Terestrial
Saluran 8/10 (VHF)
Satelit
Malaysia Astro Saluran 102

RTM TV2 ataupun Radio Televisyen Malaysia 2 (RTM) merupakan sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Penerangan Malaysia.

Penyiaran televisyen Malaysia RTM 2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin.

RTM 2, juga dipanggil TV 2, bersama-sama dengan RTM 1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Dunia Ria menggantikan slogan sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel). Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV 1 oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah, beberapa program baru Playtime On 2, E-Shoppers, Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour, Gallery Phoenix dan Chopstick On 2.

Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Walaupun TV2 lebih komersil, ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya.

Pada 1 April 2006, RTM2 mengandaikan nama lamanya (dahulunya TV2), tetapi slogannya masih sama. Pada pukul 5:55 pagi 3 Januari 2006, RTM2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya, menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut 61st Annivesary Bash tahun ini (2007).

TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999).

RTM2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III, walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. Di Lembah Kelang, ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8, dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang.

Lebih terbaru, saluran ini telah dikritik kerana tidak menyiarkan kebanyakkan perlumbaan F1 (hanya 7 dari 17 perlumbaan ialah siaran langsung, kebanyakkanya adalah siaran tertunda). Banyak penonton merasa susah hati kerana RTM tidak serius dengan liputan tersebut dan hak liputan ini seharusnya dikembalikan kepada stesen TV swasta.

RTM2 juga boleh ditonton di Astro saluran 102 (sebelumnya di Saluran 6, kemudian saluran 2).

Isi kandungan

Intisari[sunting]

Bual Bicara berwarna kuning, Program Tempatan berwarna putih, Drama Bersiri berwarna hijau dan Berita berwarna emas.

Intisari Siang Hari[sunting]

7:00 AM 7:30 AM 8:00 AM 8:30 AM 9:00 AM 9:30 AM 10:00 AM 10:30 AM 11:00 AM 11:30 AM 12:00 PM 12:30 PM 1:00 PM 1:30 PM 2:00 PM 2:30 PM 3:00 PM 3:30 PM 4:00 PM 4:30 PM 5:00 PM 5:30 PM 6:00 PM 6:30 PM
English News Hello on 2 Katun Hiburan Drama India Program Memasak Dokumentari Drama Bersiri Mandarin News Drama Bersiri Telefilem Drama Bersiri Drama India Bual Bicara Drama India Drama Cina

Intisari Perdana[sunting]

PM 8:00 9:00 9:30 10:00 10:30 11:00 11:30 12:00 12:30
Rancangan Berita Nasional Drama Bersiri Tayangan Gambar Drama Siri

Intisari Pagi Sabtu[sunting]

7 AM 7:30 8:00 8:30 9:00 9:30 10:00 10:30 11:00 11:30 12 PM 12:30
KIDS ON 2 - Animasi, Katun, Pendidikan, Sitkom Telemovie Berita Mandarin Berita Inggeris

Rancangan[sunting]

Ranking[sunting]

Waktu ini TV2 kehilangan penonton setianya yakni di ranking paling bawah namun rating penonton TV2 diselamatkan dengan menyiarkan Hollywood On 2 pada setiap Sabtu jam 9.00 malam diikuti dengan drama bersiri atau program-program bersiri serta rancangan hiburan seperti Bintang-Bintang pada jam 11.00 malam (mungkin direhatkan) sekaligus menggalakan penontonnya terus memilih TV2 keesokan harinya kerana rancangan-rancangan yang disiarkan di TV2 pada hari Ahad dalam lingkungan jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang amat memenuhi kehendak penonton TV2 sendiri.

Galeri[sunting]

Start-penutup siaran[sunting]

1969 1986 1995 1998 2000 2007
Start siaran (awal) 16.00 12.00 6.00 24/7
Start siaran (lewat) 18.00 14.30
Penutup siaran (awal) 21.00 0.00 3.00
Penutup siaran (lewat) 23.00 2.00

Lihat juga[sunting]

Pautan luar[sunting]