TV9
![]() |
|
| Jenis | Televisyen daratan digital swasta |
|---|---|
| Negara | |
| Ketersediaan | Seluruh Malaysia & seluruh Singapura |
| Slogan | Malaysia...lah!(2004-2005), Dekat di Hati (2006-2009), Di Hatiku (2010-Sekarang) |
| Pemilik | Media Prima Berhad |
| Tokoh utama | Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin |
| Tarikh pelancaran | 22 April 2006 |
| Nama lampau | Channel 9 |
| Laman web www.tv9.com.my |
|
TV9 ialah sebuah stesen televisyen swasta di Malaysia yang memberi fokus kepada penonton Melayu, remaja dan kanak-kanak daripada semua golongan. Rancangannya terdiri daripada unsur-unsur maklumat, hiburan dan pendidikan. Saluran TV percuma ini dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003. Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam.
Program Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 malam hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Inggeris yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 12:00 tengah malam. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia...lah!", pada Jun 2004.
Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program Hindi dan "Channel 9 India News" untuk program Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 6:00 untuk program Hindi, manakala program Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Channel 9 Tamil News", slot untuk program Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita pada jam 8:00 malam.
Program Bahasa Cina pula disiarkan pada jam 10:00 malam sehinnga 12:30 malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Xin Wen Lian Bo". Program berbahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "English News" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang.
Pada 1 Januari 2005, Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 1 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.
Program TV9 [sunting]
TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 Januari 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati". Kali ini, TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional. Walaupun rancangannya menumpukan kepada Bangsa Melayu, bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina, Korea, Jepun, dan juga India setiap minggu.
Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter, Mutant X, Band Of Brothers, dan Guiness World Records juga disiarkan. Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang setiap hari dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Malaysia.Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Catdog, Blues's Clues, dan banyak lagi.
Selain itu anime dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade, Dragon Ball dan Mirmo Zibang!
Sejak 1 Januari 2006, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Berita TV9". Semenjak TV9 memulakan siarannya pada 1 Januari 2006, ia menyiarkan "Edisi 7", dengan ehsan ntv7. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana, semasa ia dalam siaran sebelumnya, ehsan Bernama. Berita Warta Perdana selama 30 minit yang pertama, ehsan RTM1 juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Pembaca berita TV9 adalah Sharon Jessica, Asmirandah, Puspita Sari, Cathy Sharon, Jenny Tan, Adolf Posumah and Arief Suditomo. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat.Berita TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.
TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.
Penyiaran harian bermula dari 8:00 pagi sehingga 1:00 pagi pada hari sekolah, 6:00 pagi hingga 1:00 pagi pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti am kecuali pada bulan Ramadan dimana ia bersiaran 24 jam sehari, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam.
TV9 menyiar dari pukul 7:30 pagi(Isnin - Juma'at, 7 pagi pada Sabtu dan Ahad) sehingga pukul 1 pagi hari berikutnya.
TV9 bersiaran dalam Frekuensi Ultra Tinggi (UHF). Di Lembah Kelang, saluran UHFnya ialah 39.
TV9 juga bersiaran di Astro saluran 119 dan melalui saluran TV kabel Starhub di Singapura; saluran
Rancangan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Laman web rasmi
- TV9 To Commence Broadcast In April 2006. Siaran akhbar Media Prima.
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||

