TV Pendidikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
TV Pendidikan
TV Pendidikan
Jenis Televisyen terestrial
Negara Malaysia Malaysia
Ketersediaan Seluruh negara
Pemilik TV9 (2007-2008)
Astro (2000-2006)
RTM2 (1972-1999)
Tarikh pelancaran 19 Jun 1972
Laman web
EDUWEBTV

TV Pendidikan ialah sebuah saluran televisyen berbentuk pendidikan yang ditamatkan pada 31 Disember 2008. TV Pendidikan dimiliki dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan ia menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah. Moto rasmi TV Pendidikan ialah "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

TV Pendidikan telah dilancarkan rasminya pada 19 Jun 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 30 Ogos 1976.

Sebelum ia bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan telah bersiaran di Astro saluran 13 dan kedua-dua stesen televisyen terrestrial Malaysia TV1 dan TV2. Sejak TV Pendidikan bersiaran hanya pada setengah hari, masa siaran lain telah diambil alih oleh Astro pada 17 Januari 2000. Oleh kerana Astro tidak membaharui kontrak dengan TV Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan kini ditukar dengan NHK World yang kemudiannya dipindahkan ke saluran 963 dan sekarang saluran 398. TV Pendidikan kembali disiarkan di saluran percuma pada 3 Januari 2007, tetapi disiarkan di saluran swasta, TV9 sehingga ia berakhir pada 31 Disember 2008.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

RTM (TV1 dan TV2) (1972-1999)[sunting | sunting sumber]

TV Pendidikan bersiaran di RTM TV1 dan RTM TV2 selama 27 tahun, dari 1972 hingga 1999. Pada Mac 1994, siaran awal pagi bermula di TV1 dan TV Pendidikan bersiaran sepenuhnya di TV2.

TV Pendidikan disiarkan dalam dua sesi iaitu 7:20 pagi hingga 1:00 tengahari, dan sesi keduanya pada 2:00 hingga 5:00 petang.

Pada tahun 1995, siaran TV Pendidikan berakhir pada 4:00 petang dan dua tahun kemudian, 3:00 petang. Pada Januari 2000, setelah TV2 menamatkan TV Pendidikan, TV2 mula bersiaran awal pada hari Isnin hingga Khamis.

Astro (2000-2006)[sunting | sunting sumber]

Apabila TV Pendidikan bermula di Astro sejak 2000, Saluran 28 menyiarkan dua rangkaian seperti TV Pendidikan disiarkan dari Isnin hingga Khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala Animal Planet menyiarkan keseluruhan masanya. Pada tahun 2002, Animal Planet dijadikan saluran sepenuh masa di saluran 51, yang kemudiannya berpindah ke saluran 556 pada 1 Oktober 2007.

TV Pendidikan berpindah ke Saluran 13 pada tahun 2002 di mana mereka menyiarkan dua rangkaian, iaitu TV Pendidikan dan TechTV, sebuah saluran yang menyiarkan berita dan rancangan tentang komputer, teknologi dan internet. TV Pendidikan bersiaran Isnin hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu sekolah sahaja, manakala TechTV menyiarkan keseluruhan masanya. Sejak TechTV tamat, Astro menyiarkan episod lama TechTV berulangan sehingga Astro telah mencapai persefahaman dengan G4techTV untuk membeli siri televisyennya seperti Attack of the Show, X-Play dan lagi dan kemudian siar semula secara tempatan, tanpa sebarang logo saluran dan hanya menyiarkan promosi rancangan Astro ketika di antara rancangan.

Sejak 1hb Mac 2006, semua rancangan G4 telah disiarkan di Astro TVIQ, saluran pendidikan Astro. Saluran 13 menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan. Kini, Astro tidak lagi menyiarkan rancangan-rancangan G4. Saluran 13 telah diberhentikan pada 1 Februari 2007.

TV9 (2007-2008)[sunting | sunting sumber]

Ketika bersiaran di TV9 pada 3 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008, TV Pendidikan bersiaran dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari setiap Isnin hingga Khamis termasuk cuti sekolah. Kemudianya, TV Pendidikan meletakkan sebuah logo kekal di kiri atas skrin, dan disiarkan terus dengan logo TV9 di kanan atas hanya semasa rancangan 4 jamnya, kecuali semasa rehat pendek antara rancangannya. Rancangan disiarkan dengan cara berbeza iaitu minggu pertama merupakan siaran pertama, dan minggu kedua ialah siaran ulangan.

TV Pendidikan telah ditamatkan pada 31 Disember 2008 dan digantikan dengan laman sesawang EDUWEBTV.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini menyiarkan lapan subjek sekolah menengah iaitu:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Teknik dan Vokasional
  • Pendidikan Islam

Manakala untuk sekolah kebangsaan, rancangan ini menyiarkan tujuh subjek iaitu:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Sivik dan Kewarganegaraan

Selain daripada itu, TV Pendidikan juga mempunyai rancangan-rancangan khas untuk penonton-penonton umum seperti:

  • Pedadogi
  • Kerjaya
  • Lensa TVP
  • Laman Minda - siaran langsung yang dahulunya dikenali sebagai Bicara.

TV9 juga menyiarkan rancangan pendidikan sendiri iaitu:

  • Kerjaya & Kaunseling
  • Motivasi Murid
  • Bijak Belajar - pertama kali disiarkan di TV3 pada 1990-an
  • Anak Siapa Ni Eh - pertama kali disiarkan di TV9 pada 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]