TX1
| Pengilang | LTI |
|---|---|
| Pengeluaran | 1997-2002 |
| Pendahulu | Austin FX4 |
| Pengganti | LTI TXII |
| Stail badan | Sedan 4-pintu |
TX1 adalah sebuah kereta hackney (teksi London) yang diperkenalkan oleh London Taxis International pada 1997 dan direka untuk menggantikan Austin FX4 yang tua. Kebanyakannya menggunakan enjin diesel dari Nissan. Pada 2002 ia diganti oleh TXII, yang menggunakan enjin Ford Duratorq seperti yang ditemui pada Ford Transit dan Mondeo.
Tidak seperti taksi berbentuk-van moden, badan TX1 direka untuk menyerupai beberapa gaya yang tersendiri pada FX4. Selepas siap direka, ia dihantar ke pemandu teksi untuk mendapat persetujuan mereka dan berjaya diterima mereka dengan cukup memuaskan kerana mengekalkan semangat teksi London.
Bahagian dalam yang telah diperbaiki membenarkan sesetengah tambahan pada kenderaan setelah dipasarkan seperti teknologi Cabvision.