Tabung Haji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan Tabung Haji.

Tabung Haji ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, LTH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau (LUTH) di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan pejabat utama Tabung Haji terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Tabung Haji merupakan institusi kewangan yang terbukti berkesan menguruskan perbelanjaan pergi dan balik dari Makkah. Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvensional yang riba dan tidak perlu lagi bergolok-gadai tanah sawah untuk pergi ke Makkah.

Latar belakang TH[sunting | sunting sumber]

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  • Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
  • Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
  • Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Logo Tabung Haji[sunting | sunting sumber]

Logo Tabung Haji
Logo baru Tabung Haji

Pembaharuan dan peralihan dunia korporat ke alam global telah mengajak TH untuk turut sama mara ke arah globalisasi perkhidmatan yang berkesan. Setelah dikuatkuasakan akta baru dalam tahun 1995 yang menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan perkhidmatan secara global, maka pada 28 Ogos 1997, TH telah melancarkan logo korporatnya yang baru yang lebih bersifat semasa dan terkini dengan ciri-ciri tersendiri.

  • Logo TH yang condong ke sebelah kanan menggambarkan bahawa TH tidak statik malah sentiasa positif dalam usaha-usaha ke arah pencapaian segala misi dan cita-citanya. la sentiasa selari dan seiring dengan perkembangan-perkembangan sistem dalam pengurusan haji, kepelbagaian kegiatan pelaburan dan perisian teknologi.
  • Huruf ( ta ha) adalah kependekan perkataan-perkataan Tabung Haji di dalam bahasa Arab.
  • Huruf dan TH ditimbulkan bagi melambangkan huruf-huruf identiti Tabung Haji. Bentuk segi empat logo ini melambangkan Ka'abah yang menjadi arah tuju dan tumpuan sembahyang seluruh umat Islam di dunia. Dalam hal ini, TH akan terus menyeru dan menggalakkan orang di Malaysia untuk melawat Ka'abah bagi tujuan haji dan umrah.
  • Sementara itu, perkataan 'Tabung Haji' diletakkan bersebelahan dengan logo ini pada bahagian kanan yang turut disertai di bawahnya dengan kalimah Arab, 'Haiyya Alal Falah' (Mari menuju kejayaan).

Maklumat Warna[sunting | sunting sumber]

  • Hitam Menunjukkan warna ka'abah apabila ia diselubungi oleh kain Kiswa
  • Hijau Menunjukkan warna korporat TH
  • Putih Melambangkan kebersihan dalam Islam dan ia menjadi asas dalam segala aktiviti TH


Misi dan Visi Korporat[sunting | sunting sumber]

Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi Islam yang dinamik dan prihatin dalam pengurusan dan pengendalian haji dan umrah yang sempurna serta berhemat dalam penggembelengan segala sumber untuk pengukuhan ekonom ummah, beriltizam melaksanakan dan mencapai wawasan ini dengan :

  • Memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan.
  • Mengamalkan semangat berpasukan yang beramanah, profesional, produktif dan berhemah tinggi.
  • Beriktikad memberikan pulangan yang tinggi dan setanding dengan pasaran.
  • Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.

Pengurusan TH[sunting | sunting sumber]

TH diuruskan oleh tiga badan berikut:

Aktiviti TH[sunting | sunting sumber]

TH beroperasi berlandaskan tiga aktiviti utama iaitu:

  • Tabungan Menyediakan Perkhidmatan tabungan untuk umat Islam.
  • Pelaburan Pelaburan Dana yang terkumpul dan Pengawasan fungsi pelaburan.
  • Haji Perkhidmatan Haji tanah air dan di tanah suci.

Dividen TH[sunting | sunting sumber]

Tahun 2007[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Februari 2008, Tabung Haji hari ini mengumumkan pemberian dividen sebanyak tujuh peratus kepada kira-kira 4.2 juta pendeposit aktifnya bagi tahun 2007, iaitu dividen yang tertinggi sejak tujuh tahun lalu. Kadar dividen itu meliputi lima peratus dividen tahunan dan dua peratus lagi dividen khas yang pertama kali diberikan kepada pendeposit Tabung Haji. Pembayaran dividen itu akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit pada 10 Februari 2008.[1]

Tahun 2008[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008 hanya dividen sahaja diberikan sebanyak 5% dan pada 30 September 2009 Lembaga Tabung Haji (TH) akan membayar bonus interim sebanyak 2.25 peratus bagi setengah tahun pertama 2009 kepada 4.7 juta pendepositnya. Pembayaran sebanyak RM465 juta itu akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit di seluruh negara pada 5 Oktober 2009.

Tabung Haji dimulakan berasaskan dana RM152,000 sumbangan kerajaan di peringkat penubuhannya, hari ini jumlah deposit TH telah berkembang mencecah RM23 bilion,

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]